Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Melaka Tumpas Sindiket...

MELAKA - Polis Melaka berjaya menumpaskan kumpulan curi kereta 'Geng Kailo' selepas menahan...

PBB Dirayu Tekan Myanmar...

PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dirayu supaya menekan pihak junta Myanmar bagi membebaskan...

Op Rentap Khas: 6...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam suspek dalam senarai dikehendaki...

Kasma Juara Pusingan Pembukaan...

KASMA Daniel Kasmayuddin terus membuktikan kehebatan sebagai juara bertahan apabila mengungguli perlumbaan pertama...

Seronok Lihat Ainul Mardhiah Hisap Jari, Luah Ibu

SELEPAS selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, sembilan bulan memberikan perkembangan positif.

Malah kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, 24.

“Sebelum masuk ke wad biasa hari ini (semalam), sempatlah Ainul jalan-jalan dalam hospital.

“Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari sambil melihat kiri dan kanan,” luah Nurul Erwani menerusi status di Instagram (IG) miliknya.

Menurutnya, dia teruja melihat perkembangan anaknya yang berusia sembilan bulan itu selepas menjalani pembedahan Isnin lalu.

Malah perkongsian itu telah mendapat lebih 184,834 ‘views’ sehingga jam 9.30 malam tadi dan turut membuatkan netizen terharu kerana memahami perasaan seorang ibu melihat perkembangan anaknya itu.

“Alhamdulillah syukur ya ALLAH. Berbulan Ainul menahan derita tidak dapat masukkan jari dalam mulut macam kanak-kanak lain, dan hari ini mak cik menangis melihat awak dapat lakukannya seperti kawan-kawan awak yang lain,” tulis missdafnea.


“Ainul, semalam pagi, mak cik nangis tengok Ainul. Mak cik nangis gembira sebab Ainul sudah selamat dari pembedahan. Tapi petangnya, mak cik kehilangan anak makcik sebab keguguran. Doakan mak cik kuat ya Ainul. Kuat dan setabah Ainul,” tulis nurulfazra.

“Alhamdulillah…Ahirnya dia dapat gigit jari macam bayi lain suka buat… Tahniah kepada semua yang terlibat… Semoga cepat sembuh dan membesar dengan sihat,” tulis fahiza_a_h.

Isnin lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ itu dilaporkan stabil, tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di sebuah hospital di London. – Sinar Harian

Kategori