Sering ‘Tayang’ Bahagia, Izreen-Ude Dikecam Netizen

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan pelakon, Izreen Azminda dan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude masih lagi menjadi bualan hangat netizen sehingga hari ini.

Baru-baru Izreen dan Ude sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen apabila kerap memuat naik  gambar ‘tayang mesra’ menerusi laman sosial Instagram.

Memetik sumber, tindakan pasangan itu menerima kritikan hebat orang ramai yang menganggap mereka seolah-olah tidak menghormati hati bekas isteri, Intan Liana Salleh.

Rata-rata netizen kurang senang dengan perkara itu dan berpendapat pasangan itu tidak perlu terlalu menunjukkan kebahagiaan kerana Ude dan Intan baru sahaja bercerai.

Malah, netizen juga berpendapat Izreen dan Ude sepatutnya lebih sensitif dan menjaga hati Intan yang masih dalam tempoh berduka.

Meskipun ramai netizen yang mengecam namun terdapat juga segelintir yang sudah menerima hubungan mereka dan mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat terus menjadi perhatian netizen di media sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM