Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘SOP Pelitup Muka Berlandaskan...

PUTRAJAYA : Pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat khalayak ramai masih menjadi...

‘Insya-ALLAH, Esok Hari Terakhir...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan kepercayaan...

Cikgu Belikan Kasut Untuk...

SEORANG guru sekolah di Gombak, Selangor sanggup beli sebanyak 55 pasang kasut sekolah...

Messi Jauh Lagi Kaya...

LIONEL Messi bakal memperoleh lebih £28 juta (RM153 juta) berbanding Cristiano Ronaldo musim...

Serangan Ganas, Pelajar Miliki Senjata ‘Naik Hantu’

SEORANG pelajar yang memiliki senjata api telah melepaskan tembakan mengakibatkan 10 orang maut manakala 10 orang lagi cedera di sebuah sekolah Texas, Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Suspek, Dimitrios Pagourtzis merupakan pelajar Sekolah Tinggi Santa Fe telah menggunakan senapang patah dan pistol jenis revolver kepunyaan bapanya yang merupakan pemilik sah senjata tersebut.

Insiden berdarah berlaku apabila suspek yang berusia 17 tahun itu memasuki kelas seni dan melepaskan tembakan secara rambang sebelum pukul 8 pagi waktu tempatan.

Dimitrios Pagourtzis merupakan suspek yang menjadi angkara kejadian.

Dilaporkan juga suspek sempat melemparkan bom paip ke dalam kelas berkenaan, menurut akhbar tempatan.

Seorang guru menyedari apa yang berlaku kemudian bertindak pantas mengaktifkan penggera kebakaran supaya para pelajar mengosongkan bangunan tersebut.

Gabenor Texas, Greg Abbott berkata, lapan orang pelajar dan dua guru terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam satu serangan yang dianggap paling kejam dalam sejarah sekolah di negeri itu.

“Pihak polis turut menemukan maklumat dalam diari suspek, komputer dan telefon bimbit yang menunjukkan dia merancang buat serangan itu sebelum cuba bunuh diri selepas kejadian tersebut.

“Remaja itu, bagaimanapun menyerah dirinya kepada pihak polis selepas tidak berani untuk membunuh dirinya,” ujar Abbot.


Menurutnya lagi, antara mangsa kritikal seorang pegawai polis sekolah Santa Fe, John Barnes yang cedera terkena tembakan di siku dan seorang gadis terkena tembakan di kaki.

Kejadian itu menyebabkan ibu bapa mangsa yang terkorban tidak dapat menahan kesedihan. Suspek telah ditahan polis dan bakal berhadapan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sehingga kini, tidak dimakumkan kepada media punca suspek bertindak demikian.

Presiden AS, Donald Trump yang mendapat maklumat berkenaan kejadian tersebut menyifatkan serangan itu sebagai benar-benar mengerikan dan melahirkan rasa kecewa.

“Saya bertekad untuk melakukan segala-galanya demi melindungi pelajar, sekolah dan tidak membenarkan senjata di tangan orang salah yang akan menimbulkan ancaman kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Rentetan itu, Trump mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang di White House dan semua bangunan awam dan tentera. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori