Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

4,000 Kunjungi Rumah Terbuka...

KOTA KINABALU - Kira-kira 4,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana...

Najib Manusia Biasa, Tidak...

SEREMBAN - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Seri Syed Ibrahim...

Suami Baru Yatt Hamzah...

YATT Hamzah mengakui suaminya kini jauh lebih matang dan tidak mudah melatah walaupun...

Casing iPhone 6 Versi...

FILEM Avangers 2: Age Of Ultron yang ditayangkan sememangnya memberi impak kepada peminat-peminat...

Isu Viral Tudung Fareeda, Ejen Upah Orang Ambil No Giliran

GARA-GARA video ‘serangan ganas’ pelanggan jenama tudung terkenal Fareeda yang tersebar baru-baru ini, selebriti Fizo Omar menafikan pihak pengurusan jenama popular itu membayar pelanggan melakukannya.

Fizo yang juga Pengurus Pemasaran Fareeda sebaliknya berkata, pihaknya dapati ejen yang dilantik telah mengupah individu tertentu untuk mendapatkan sebanyak mungkin nombor giliran kerana setiap satu nombor hanya melayakkan mereka membeli empat atau lima helai tudung sahaja.

“Langsung tidak timbul isu pihak kami mengupah atau membayar sesiapa pada hari tersebut kerana ia tidak benar.

“Sebaliknya ejen-ejen jualan tudung kami yang membayar individu tertentu untuk beratur mendapatkan nombor lebih daripada satu dan dari situ mereka dapat membeli lebih banyak tudung memandangkan pembelian terhad setiap nombor,” ujarnya, memetik laporan mStar.

Menurut Fizo, pada mulanya keadaan terkawal dan pelanggan berada dalam barisan ditetapkan termasuk wanita berada di bahagian hadapan barisan.

Malah, pihak Fareeda turut menggunakan khidmat pengawal keselamatan dan anggota Rela seramai 20 orang bagi mengawal keadaan di hadapan butik mereka yang terletak di Bandar Baru Bangi.

“Ada antara mereka telah berkumpul seawal 12 tengah hari dan mula bertindak agresif, tolak menolak dan sebagainya sehingga ia di luar kawalan.

“Pihak keselamatan juga tidak dapat mengawal keadaan dan pelanggan mula bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa menghiraukan peraturan dan syarat ditetapkan,” jelasnya.

Fizo berkata dia terkilan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan di laman sosial sehingga ada yang sanggup melabelkan pelanggan mereka sebagai lembu.

Menurutnya, sebagai seorang ahli perniagaan dia boleh menerima kritikan namun berharap ia diberikan dalam nada yang bersifat positif dan membina.


“Saya rasa menggunakan ayat ‘lembu’ merujuk kepada pelanggan kami adalah tidak sesuai dan ada teguran lebih baik boleh diberikan.

“Kami terbuka dengan sebarang kritikan kerana dari situ boleh perbaiki kesilapan pada masa hadapan,” kata Fizo lagi.

Bagi mengelak insiden sedemikian berulang, pihaknya bercadang memilih lokasi lebih besar seperti stadium bagi memudahkan pelanggan mereka.

Sebelum ini video menunjukkan pelanggan Fareeda berebut-rebut mendapatkan nombor giliran bagi memiliki tudung terbaharu keluran jenama tersebut menjadi viral gara-gara pelanggan lelaki dan wanita kelihatan berasak-asak.

Video itu mendapat perhatian daripada golongan selebriti hinggalah mufti yang terpanggil bagi memberikan ‘teguran’.

Salah seorangnya, Wardina Saffiya yang menegur pemilik Fareeda kerana pada pandangannya dilihat memperlakukan pelanggan seperti lembu. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor pula menasihatkan pengusaha tudung agar mengeluarkan tudung yang labuh dan mengikut syariat Islam, selain tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori