40,000 Pelanggan Daftar Pelan Jalur Lebar Fiber Maxis

KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. sehingga hari ini telah menerima lebih daripada 40,000 pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik taraf ke pelan jalur lebar fiber berkelajuan tinggi yang dilancarkan pada Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Robert Nason berkata, sebagai sebahagian daripada proses pemasangan, seramai 600 kakitangan Maxis berkumpul untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Fibrenation Bos Swap’.

“Dalam tempoh dua hari akan datang, kakitangan Maxis akan membantu pelanggan menaik taraf router WiFi termasuk melawat sebanyak 1,500 kediaman dan perniagaan di seluruh negara untuk memberikan pengalaman internet baharu itu.

“Kedua-dua pelan fiber baharu bagi pengguna dan perniagaan ini akan menawarkan kelajuan sehingga 100Mbps pada harga 65 peratus lebih rendah berbanding pelan sebelum ini,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini.

Router baharu tersebut akan dipasang tanpa caj tambahan, namun buat pelanggan sedia ada yang ingin menukar pelan, mereka akan dikontrakkan semula selama 24 bulan. – UTUSAN ONLINE

Loading...