Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Felda United Mahu Pastikan...

SHAH ALAM - Wakil negara, Felda United FC mahu memastikan kemenangan bagi meningkatkan...

Pekebun Terlibas Ekor Ular...

PEKEBUN Felcra Bendang Man, Sik, Kedah berhadapan situasi bahaya apabila terlibas ekor ular...

Padah Curang, Habis Kereta...

AKIBAT terlalu marahkan suami yang curang, seorang isteri membalas dendam dengan cara yang...

Isu Kanak-Kanak Tanpa Sijil...

KOTA KINABALU – Gesaan Sarawak supaya kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri...

Seramai 240 Suspek Daesh Ditahan Sejak 2011

BAHAGIAN Counter Terrorism Bukit Aman E8 sudah menahan 240 suspek berkaitan kumpulan pengganas Daesh sejak April 2011.

Kesemua ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan Langkah-Langkah Khas (Sosma). Daripada jumlah itu 80 suspek sudah dituduh di mahkamah.

“Kita memerlukan bukti yang cukup untuk membuat pertuduhan. Proses menyediakan bukti satu cabaran besar dalam proses memastikan suspek tidak dibebaskan dan mencetuskan ancaman awam,” kata Ketua Bahagian E8, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Antara yang ditahan termasuk konstabel polis wanita di Shah Alam, Selangor yang membekalkan kemudahan telekomunikasi kepada pengganas ketika ditahan di lokap polis.

Ayob Khan berkata demikian pada Sesi Dialog Keselamatan Negara di Wisma Negeri di Melaka hari ini.


Menurut Ayob Khan, ketika polis memulakan operasi tangkapan suspek berkaitan Daesh, banyak pihak mencela tindakan polis. Malah, pemimpin pembangkang hingga kini terus mengkritik polis berhubung tindakan penahanan.

“Selepas pengeboman di Puchong pun, masih ada pihak yang sengaja menimbulkan provovaksi mempertikai operati tangkapan. Sedangkan mereka tahu, E8 bertindak demi keselamatan awam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori