Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Seru Rakyat...

JOHOR BAHRU - Kesal dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jelas menghina...

Daler Yusuf Turut Terkena...

PELAKON yang baru meningkat naik, Daler Yusuf Muhammad atau lebih dikenali dengan nama...

Mayat Lelaki Warga Myanmar...

IPOH - Mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh ditemui dalam bilik di...

Dr Noor Azmi, Razman...

GERIK - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau...

Seram! Hantu Buai Muncul Di Pantai Batu Burok

KECOH di media sosial apabila gambar menyerupai hantu bermain buaian di Pantai Batu Buruk, Terengganu di muat naik baru-baru ini.

Menerusi perkongsian gambar tersebut jelas memaparkan kelibat hantu duduk di atas sebuah buaian di kawasan tumpuan pelancong berkenaan.

Seram! Hantu Buai Muncul Di Pantai Batu Burok

Pelbagai reaksi daripada netizen susulan perkongsian dan ada antaranya yang bimbang terserempak dengan makhluk ghaib menyeramkan itu.

“Baru nak pergi bercuti kat Pantai Batu Burok, buat hal la,” tulis Ladyzue Aida.

Nampaknya, orang ramai boleh menarik nafas lega apabila Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar menafikan mengenai gambar berkenaan dan menjelaskan ia hanyalah rekaan semata-mata.


Menurutnya, gambar yang ditular sejak awal minggu ini adalah tidak benar dan dilakukan untuk menakutkan orang ramai yang berkunjung ke pantai berkenaan.

Jelasnya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak akan melupuskan kesemua buaian yang terdapat di pantai itu berikutan kehadiran mahkhluk ghaib terbabit.

Malah, pihaknya akan menambah set buaian lagi di kawasan itu termasuk tiga di hadapan bazar jualan Batu Buruk dan satu di gigi air. – MYNEWSHUB.CC

Kategori