Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Mengaku Ajelah Tak Mampu...

BANK Dunia mengesahkan hutang negara terkawal dan agensi rating antarabangsa pun tidak menyebut...

Tragedi Ittifaqiyah Imbau Lambaian...

SEMALAM, 22 September, genap 28 tahun tragedi kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah (Pondok Pak...

Isu Integriti Cabaran Besar...

KUALA LUMPUR - Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap...

Biadabnya…Nak Cari Kerja Ke...

SEKARANG ni bukan mudah untuk mencari kerja terutama bagi pelajar yang baru habis...

Sepasang Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Bilik

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri ditemui mati di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Pokok Machang, Ladang Mayfield, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun dan lelaki berusia 31 tahun itu masing-masing ditemui di atas katil dan tergantung pada alang rumah kira-kira pukul 9.30 pagi oleh tuan rumah iaitu wanita berusia 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pasangan itu dikatakan menumpang di dalam sebuah bilik di rumah wanita itu yang merupakan kenalan mereka.

“Tuan rumah yang baru pulang daripada kerja mengetuk pintu bilik pasangan itu sebelum mendapati si suami dalam keadaan tergantung pada alang rumah dan isterinya di atas katil.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.


Noorzainy berkata, setakat ini pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan sementara kes sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat.

Kategori