Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR Masih Belum Setuju...

GEORGE TOWN - PKR Pulau Pinang masih belum bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan...

2 Warga Iraq Ditahan...

SHAH ALAM - Polis memberkas dua warga Iraq pada Khamis lepas kerana disyaki...

Obama Mohon AS$6.2 Bilion...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan dana bantuan...

Tubuh Suruhanjaya Khas Bendung...

SINDIKET judi haram bagaikan sesuatu ‘virus’ yang sukar untuk dicegah. Malah sindiket ini...

Sepanyol Catat Kes Pertama Koronavirus

MADRID – Sepanyol hari ini mengesahkan wabak koronavirus telah memasuki negaranya, sekali gus menjadi negara kelapan Eropah dijangkiti virus berkenaan.

Menurut agensi kesihatan negara itu, seorang lelaki telah dikuarantin di Pulau La Gomera, di Canaries sebelum disahkan menghidap penyakit berjangkit itu.

Lelaki itu merupakan salah seorang daripada lima individu yang dihantar ke pulau itu, namun identiti lengkap dan warganegara tidak didedahkan.

Agensi berkenaan memberitahu, mereka memiliki kontak rapat ke atas seorang warganegara Jerman yang sebelum ini sah dijangkiti koronavirus.

Sebelum ini, 21 warganegara Sepanyol yang dibawa keluar dari Wuhan menjalani kuarantin di sebuah hospital tentera di Madrid, namun sehingga kini, mereka tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit itu.

Sementara itu, pada hari ini, bilangan kes kematian akibat koronavirus di China terus meningkat kepada 259 orang. – Agensi

Kategori