Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5 Tradisi Perkahwinan Yang...

MAJLIS perkahwinan sering diserikan dengan tema dan pilihan dekorasi yang ditentukan oleh pengantin...

Rusia Rekrut 16,000 Tentera...

MOSCOW : Seramai 16,000 tentera upahan dari Asia Barat dilaporkan sedia bertempur dengan...

Comel Maksima.. Gambar Anak...

Lumrah anak kecil, hati mereka masih bersih dan terpelihara daripada banyak anasir negatif...

Remaja Gagal Perdaya Pegawai...

KOTA BHARU - Taktik seorang remaja cuba memperdaya pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Seorang Remaja Terselamat Daripada Dibaham Buaya

SYDNEY – Seorang lelaki berusia 18 tahun bernasib baik apabila terselamat daripada dibaham seekor buaya di sebuah sungai di utara Queensland, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut seorang anggota paramedik, kejadian berlaku pada awal pagi Ahad apabila lelaki dikenali Lee de Paauw itu terjun ke dalam Sungai Johnstone selepas dicabar oleh rakannya.

Sebaik melihat seekor buaya menghampiri mangsa dan menyerang mangsa, rakannya segera memberikan bantuan dengan menarik mangsa keluar.

Menurut seorang ketua penjaga reptilia di Zoo Australia Daniel Rumsey, remaja itu amat bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri.

“Jika buaya tersebut dapat mengigit bahagian lain selain daripada bahagian lengan mangsa ia mungkin boleh membunuh mangsa,” katanya.


De Paauw mengalami kecederaan teruk pada lengannnya bagaimanapun kecederaan lengannya berjaya diselamatkan pakar bedah hospital Cairns dan menurut doktor ia boleh pulih seperti biasa. – BERNAMA

Kategori