Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemain Import Ditahan Miliki...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemain import pasukan bola sepak tempatan di...

Kerajaan Tak Berhasrat Tangguh...

KUALA LUMPUR -Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddun Tun Hussein berkata cadangan penangguhan dilihat...

Ramai Wanita Laos Suka...

VIENTIANE - Puluhan klinik kesuburan mula wujud di Laos selepas wujud skandal perdagangan...

Wanita Antara 2 Ditahan...

PETALING JAYA - Seorang wanita adalah antara dua individu yang ditahan kerana dipercayai...

Seorang Nelayan Dikhuatiri Hilang Di Melaka

MELAKA – Seorang nelayan dikhuatiri hilang setelah jatuh ke dalam laut di perairan Pulau Besar dekat sini hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka/Negeri Sembilan menerusi satu kenyataan hari ini berkata nelayan yang dikenali sebagai Md Rashid Jizan, 52, keluar memancing bersama lima rakan dengan menaiki perahu secara berasingan.

Menurut kenyataan itu, APMM menerima aduan daripada seorang rakan mangsa pada pukul 10.45 pagi tadi.

Katanya menurut saksi kejadian, mangsa kali terakhir dilihat pada kedudukan lebih kurang 1.0 batu nautika dari utara Pulau Besar.

“APMM telah menggerakan sebuah bot ke tempat kejadian dan menemui bot milik mangsa pada kedudukan 0.5 batu nautika dari timur laut Pulau Besar,” katanya.


Kenyataan itu menyebut Operasi SAR yang dikoordinasikan APMM itu melibatkan aset laut iaitu sebuah bot daripada APMM, dua bot dan sepasukan penyelam daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Katanya agensi lain yang turut membantu adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Perikanan Malaysia. – BERNAMA

Kategori