Seorang Maut Letusan Gunung Berapi Di New Zealand

WELLINGTON – Polis New Zealand memaklumkan sekurang-kurangnya seorang maut dan menjangkakan lebih banyak kematian susulan letusan gunung berapi popular, White Island di New Zealand hari ini.

“Saya dapat mengesahkan terdapat satu kematian. Terdapat sebahagian lagi di pulau itu yang dilaporkan masih hilang,” kata Timbalan Komisioner John Tims sambil menambah pada ketika ini, keadaan amat bahaya bagi polis dan pasukan penyelamat untuk pergi ke pulau terbabit.

Sementara itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern mengesahkan beberapa mangsa yang terperangkap susulan insiden itu ialah warga asing.

“Kami tahu terdapat pengunjung berada di atau sekitar pulau ketika kejadian berlaku, terdapat warga New Zealand dan pengunjung luar negara,” kata Ardern. – Agensi

Loading...