Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan 2 Lelaki...

KAJANG : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja...

Peguam Negara Perlu Telus...

IPOH - Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin...

Rogol Gadis 19 Tahun:...

KUCHING - Polis menahan empat lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur...

Dapatkan Bantuan PPIM Bagi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta peminjam yang mempunyai masalah...

Seorang Mangsa Culik Abu Sayyaf Terbunuh Di Sulu

LAHAD DATU – Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik bersama empat yang lain oleh kumpulan Abu Sayyaf pada Januari lalu, di perairan Tambisan, Tungku, di sini, ditemukan terbunuh di Patikul, Sulu, Filipina, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Ahmad Fuad Othman yang mengesahkan perkara itu berkata ia berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada rakan sejawat di Filipina.

“Betul (mangsa terbunuh), kejadian berlaku pada 28 Sept sewaktu misi menyelamat lima mangsa culik oleh Tentera Filipina.

“Ketika misi itu, berlaku pertempuran berbalas tembakan dengan kumpulan Abu Sayyaf dan mayat mangsa dijumpai semalam,” katanya kepada Bernama.

Pada Januari lalu, Laa Baa, 32, merupakan antara lima nelayan warga Indonesia yang dilaporkan diculik di perairan Tambisan, Tungku, Lahad Datu.


Mangsa culik lain dikenali sebagai Arsyad Dahlan, 41; Riswanto Hayano, 27; Edi Lawalopo 53 dan Syarizal Kastamiran, 29.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata empat lagi mangsa culik masih berada dalam tahanan kumpulan Abu Sayyaf. – BERNAMA

Kategori