Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tindakan Mahfuz Serbu Masuk...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan...

Wanita Dikhuatiri Lemas, Selepas...

KUANTAN: Seorang lelaki maut, manakala penumpang wanita dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus selepas...

Chong Wei, Hati-Hati Psikologi...

KUALA LUMPUR - Peluang jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk menewaskan...

Hanya Pegang Xperia, James...

Siapa sangka, hanya memegang sebuah telefon bimbit, pelakon British yang terkenal dengan watak...

Seorang Lelaki Tahanan Sosma Maut Dalam Lokap

SHAH ALAM – Seorang lelaki berumur 38 tahun yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma maut ketika dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata lelaki itu ditemukan pengsan di dalam sebuah sel di lokap berkenaan oleh anggota bertugas yang kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

“Tahanan tersebut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 9.05 malam tadi oleh pegawai perubatan di hospital tersebut.

“Proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Mazlan berkata pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan menjalankan pemeriksaan ke atas kawasan lokap, semua tahanan dan petugas lokap berpusat itu hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SOSMA

Kategori