Seorang Lagi Meninggal Dunia Akibat Covid-19

KUALA LUMPUR – Terdapat satu kematian baharu dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata kes kematian ke-15 itu melibatkan kes ke-1,519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.

“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).

“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (Johor) mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pukul 5.35 pagi, 24 Mac 2020 (hari ini),” katanya menerusi laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Justeru, Dr. Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Loading...