Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jari Mangsa Kemalangan Maut,...

Petang semalam, berlaku satu kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Simpang...

Kotak Hitam Helikopter Terhempas...

KOTAK hitam helikopter jenis S365 milik IGB Corporation yang terhempas di Semenyih, semalam telah dijumpai...

4,743 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di negara ini kekal di bawah 5,000...

Demonstrasi Jalanan Perlekeh Penggunaan...

ISLAM tidak pernah melarang golongan wanita untuk berfesyen dan mengikuti aliran terkini di...

Seorang Lagi Mangsa Nahas Di New Zealand Meninggal Dunia

KOTA KINABALU – Seorang lagi mangsa kemalangan di Kaikoura, New Zealand disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) hari ini.

Mangsa itu adalah Nur Irfan Adanan, 15, yang juga anak sulung kepada pasangan suami isteri, Dr Rumihati Abd Hamid, 49, dan Adanan Jemain, 49, yang maut bersama anak kedua mereka, Maisarah Arifah Adanan, 13, dalam kejadian terbabit.

Perkara itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham Dr. Rumihati, Afifah Saiffuddin, 33, yang menerima berita itu daripada ahli keluarganya yang kini berada di Hospital Christchurch, New Zealand.

“Ahli keluarga yang datang ke sana sempat bertemu arwah (Nur Irfan) sebelum dia menghembuskan nafas terakhir kerana arwah memang kritikal selepas kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Ulu Putatan di sini hari ini.

Menurut Afifah, kesemua jenazah dijangka dikebumikan esok dan kini sedang dalam proses menunggu kebenaran untuk proses pengebumian di Christchurch.

Beliau berkata solat ghaib di sini untuk jenazah hanya akan dilakukan selepas semua urusan di New Zealand selesai.


Katanya, anak bongsu mangsa yang cedera dalam kemalangan itu, Nur Arifah, 11, mendapat rawatan di Hospital Wellington dilaporkan stabil dan kini ditemani ahli keluarga lain yang baru tiba tengah hari tadi waktu tempatan.

Jumaat lepas, tiga rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia manakala dua lagi parah ketika bercuti di negara berkenaan.

Mereka sekeluarga yang menaiki kereta sewa terbabit kemalangan dengan lori di Lebuhraya Negeri 1, utara Kaikoura pada 3.10 petang waktu tempatan (10.10 pagi waktu Malaysia).

Kategori