Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Video: Telefon Bimbit Dicuri...

SEORANG pembaca berkongsikan pengalaman buruknya kehilangan telefon bimbit di Kedai Mesra Petronas KLIA1...

Petani & Rakan Dicekup...

BESUT – Seorang petani bersama rakannya ditahan polis bersama dadah jenis heroin bernilai...

Rakyat Malaysia Tak Gemar...

PELAKON Remy Ishak berpendapat setiap penonton mempunyai kehendak yang berbeza dalam pemilihan filem...

Pembalakan, Pembukaan Tanah Punca...

IPOH - Hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mendapati aktiviti pembalakan, pembukaan...

Seorang Lagi Kakitangan Bank Direman

SHAH ALAM – Seorang lagi kakitangan sebuah bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi pada 2018 hingga 2020. 

Perintah reman sehingga 21 Jun itu dikeluarkan Majistret Parvin Hameedah Natchiar di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada jam 4.05 petang semalam selepas diminta hadir memberi keterangan berhubung kes terbabit. 

Dalam pada itu, mahkamah turut membenarkan permohonan lanjutan reman empat hari bermula hari ini terhadap enam kakitangan bank yang ditahan SPRM minggu lalu. 

Enam individu berusia 36 hingga 45 tahun berkenaan sebelum ini direman tujuh hari bermula 9 Jun dan berakhir hari ini. 

Terdahulu ketujuh-tujuh individu berkenaan tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.45 pagi.


Kesemua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi membabitkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta. 

Menurut sumber, wang rasuah itu adalah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan daripada pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

“Mereka dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai kira-kira RM18 juta,” katanya.

Sumber memberitahu, pegawai dan kakitangan berkenaan bertugas di beberapa cawangan bank itu di sekitar Lembah Klang. – myMetro Online

Kategori