3 Maut, 18 Cedera Letupan Di City One Megamall

GEMPAR… Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesan tiga mayat lelaki dalam insiden letupan gas di City One…

GEMPAR… Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesan tiga mayat lelaki dalam insiden letupan gas di City One Megamall Kuching, petang ini.

Bernama melaporkan laporan awal menyatakan insiden letupan di pusat beli-belah tersebut berpunca daripada letupan gas yang berlaku jam 3.30 petang.

Sekurang-kurangnya 18 mangsa cedera dalam insiden letupan tersebut.

Menurut JBPM Sarawak, letupan di pusat beli-belah itu dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah premis yang sedang diubah suai.

Loading...