Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serpihan Dari Mozambique Hampir...

KUALA LUMPUR - Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari...

Annuar Musa Enggan Komen,...

SHAH ALAM - "Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa...

Isteri Dipotong Telinga Gara-Gara...

ZARINA - telah berkahwin dengan suaminya pada usia 13 tahun, malangnya perkahwinan selama...

Tony Pua Pegawai Khas...

DUA hari lepas Tony Pua umum dua perkara besar. Pertama, bajet 2019 akan...

Sentuh Sensitiviti Islam, Punca Ilya Tolak Marvel

SETELAH diasak dengan tuduhan kononnya dia menipu tentang tawaran lakonan bersama dalam filem aksi Marvel, kini Raja Ilya sudah mula buka mulut tentang isu itu.

BACA: Tolak Marvel, Ilya Terima Tawaran Produksi AS Lain

 JUGA: 6 Bulan Simpan Rahsia, Ilya Terbang Ke Hollywood

Tiga bulan masa diambil bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal untuk menjalani sesi uji bakat di Amerika Syarikat, baru kini Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, 32, memberitahu bahawa punca dia menolak tawaran yang diberikan itu ialah untuk kebaikan semua pihak termasuk dirinya sendiri.

“Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi. Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Dalam masa yang sama, setelah meneliti dengan lebih jelas skrip yang diberikan, Ilya berasa bahawa dia terpaksa menolak tawaran berkenaan atas dasar pegangan agama Islam.

“Ketika membaca skrip baru saya dapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam. Sudah pasti saya tidak mahu cemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu,” tambahnya.

Walaupun proses yang diambil olehnya bagi mempersiapkan diri ke sana sangat rumit dan lama, dia tetap terpaksa akur dengan pilihan yang sudah dibuat.

Proses bagi mendapatkan visa sahaja sudah memakan masa yang lama, jadi Ilya perlu lakukan sesuatu supaya penantiannya itu membuahkan hasil.


Bagaimanapun, rezeki tetap menyebelahi gadis darah kacukan Arab, Melayu dan Malayam ini apabila dia sudah mendapat tawaran lain daripada sebuah produksi dari Amerika Syarikat.

Namun ketika ini dia perlu menghabiskan beberapa lagi penggambaran bagi drama dan filem yang dilakonkannya.

Tetapi seperti biasa dia perlu mengunci mulut untuk beberapa ketika selepas menandatangani perjanjian rahsia bersama dengan pihak di sana.

Selepas itu, barulah Ilya akan berangkat semula ke negara Uncle Sam tersebut bagi mencipta namanya di persada yang lebih tinggi. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori