Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Askar Wataniah Perlu Bersemangat...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan Askar Wataniah...

Denda RM150 Bagi Saman...

KUALA LUMPUR - Saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan...

Polis Sedia Bantu JIM...

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan...

DBKL Sita Rumah PPR...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyita rumah penduduk Projek...

Sengaja Reka Kisah Jadi Alasan Dividen TH Rendah

BONGKAR… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pelik apabila secara tiba-tiba media Singapura melaporkan Lembaga Tabung Haji (TH) kononnya kekurangan dana RM4 bilion.

Menurut beliau, tuduhan tersebut tidak kata ia telah dirompak atau dicuri, tetapi konon ada pemalsuan akaun hingga membolehkan pihak TH bayar dividen lebih tinggi daripada kadar sepatutnya pada tahun-tahun lalu.

“Pokoknya ialah ia satu tuduhan berat di mana TH didakwa terlebih bayar dividen kepada semua pencarum untuk beberapa tahun. Berat tuduhan ini iaitu bayar dividen yang terlalu tinggi. Alangkah kejamnya TH ini,” katanya.

Mantan menteri kewangan tersebut turut persoalkan bagaimana isu ini boleh pula secara tiba-tiba dibongkarkan oleh media ternama milik kerajaan Singapura pada minggu sama Himpunan 812 akan diadakan di ibu negara.

Kelmarin, akhbar berpengaruh di Singapura, The Straits Times menerusi laporan eksklusif telah mendedahkan kononnya TH pernah alami kerugian sehingga cecah RM4 bilion apabila akaunnya dipalsukan pihak tertentu.

Media tersebut berkata, pengurusan TH telah dikesan memalsukan akaun bagi pembayaran dividen sebanyak 6.25 peratus sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu dengan membabitkan sejumlah RM2.7 bilion.

Mengulas dengan lebih lanjut, Ahli Parlimen Pekan tersebut malahan cukup musykil mengenai identiti individu yang bertindak menjadi sebagai sumber bagi pendedahan perkara besar itu kepada pihak akhbar berkenaan.

Soal Najib, bagaimana pemalsuan itu boleh berlaku ketika pihak TH sendiri sebenarnya telah diaudit dan aset dinilai dengan amat teliti pada setiap tahun sebelum dimaklumkan kepada orang awam terutama jutaan pendepositnya.

Bahkan katanya lagi, segala urusan termasuk simpanan dalam akaun TH dijamin sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan pendeposit tidak berada dalam situasi wang mereka akan hilang waima apa keadaan buruk berlaku sekalipun.


Beliau turut pelik apabila sumber yang tidak dinamakan dalam laporan akhbar tersebut kemudian boleh bertukar menjadi orang hebat apabula mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah RM4 bilion tersebut.

Cadangan berkenaan termasuklah kononnya pihak TH akan tampil mengisytiharkan kadar dividen yang jauh lebih rendah pada tahun ini untuk cuba mengurangkan “cerita jurang” akibat kehilangan dana RM4 bilion ini.

Menurut Najib, semua tahu bahawa pasaran saham serta pertumbuhan ekonomi negara sebenarnya berada dalam prestasi yang amat buruk sejak PRU ke-14 dan sudah tentu dividen akan diumum lebih rendah untuk tahun ini.

Berikutan itu, Najib menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan pergunakan ‘kisah RM4 bilion’ ini sebagai alasan untuk terus menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan dapat isytihar dividen rendah untuk pendeposit TH.

“Maka TH di bawah kerajaan PH terpaksa bayar dividen yang sangat rendah tahun ini kerana kerajaan BN telah sekian lama berjaya membayar dividen yang terlebih tinggi untuk tahun-tahun yang lepas.

“Jalan yang paling mudah ialah untuk reka satu cerita untuk dapat menyalahkan BN,” kata Najib dalam nada sindiran sebagai merujuk laporan akhbar negara jiran berkenaan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori