Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ugut Bunuh, Jolok Pemutar...

PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Avril Lavigne, Chad Kroeger...

NAMPAK gaya, musim pasangan bintang di Hollywood mengakhiri ikatan perkahwinan mereka masih belum berakhir.Mengikut...

10 Orang Melecur Terkena...

SHAH ALAM - Seramai 10 orang melecur akibat terkena letupan bunga api di...

‘Pesawah Terima Bayaran RM10...

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan...

Sengaja Masuk Pusat Mengundi Dengan Logo PKR

BIADAB… Timbul kekecohan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2, ibu kota, hari ini apabila beberapa jentera PKR sengaja mengenakan pakaian berlogo parti tersebut dan meredah masuk untuk mengundi.

Tindakan yang tidak profesional itu dianggap sengaja mahu mencabar pihak  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai polis yang bertugas sekali gus mencetuskan suasana huru-hara di tempat mengundi.

Lebih teruk lagi, beberapa orang dalam kalangan mereka tanpa rasa bersalah membawa pengundi masuk dan menunjukkan saluran kepada pengundi-pengundi berkenaan, lapor akhbar tempatan.

Cuba menggugat proses pengundian, pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah memandu kenderaan yang mengibarkan logo parti secara berulang-alik di hadapan sekolah tersebut.

Taktik kotor ini digunakan bagi menarik perhatian para pengundi untuk meraih undi oleh pihak pembangkang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia itu.


Mujur pihak berkuasa yang bertugas berada di tempat kejadian bertindak pantas ke atas golongan ini.

DUN Gombak Setia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin; calon gabungan pembangkang PKR, Hilman Idham dan penyandang kerusi daripada PAS, Hasbullah Mohd. Ridzwan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori