Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Air: MB Mohon...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kepada...

7 Amalan Kesihatan Paling...

Makan makanan berkhasiat, tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dan bersenam 30 minit sehari:...

Sebenarnya Kenapa Wanita Lebih...

RAMAI antara kita yang sedia maklum bahawa jumlah wanita sememangnya melebihi kaun lelaki....

Azan Pula Diperlekeh, Alvin...

Setelah menyepi hampir enam bulan kerana melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak...

Senator Pakistan Ancam Perkosa Wartawan Saat Debat

ISLAMABAD – Seorang Senator Pakistan, Hafiz Hamdullah didakwa mengeluarkan ancaman menjijikkan terhadap seorang wartawan senior dan aktivis hak asasi manusia negara itu; Marvi Sirmed, ketika mereka berdebat di sebuah program televisyen yang disiarkan secara langsung.

Keduanya terlibat perdebatan soal rentetan ‘pembunuhan demi kehormatan’ di Pakistan dalam program ‘Nadia Mirza Show’ di stesen News One.

Hafiz Hamdullah, seorang senator konservatif yang bersekutu dengan parti politik Jamiat Ulema-e-Islam, tampil sebagai tetamu bersama Marvi Sirmed dan peguam Masroor Sahib.

Perdebatan mula panas ketika Masroor mengkritik kelompok ahli politik Islam yang diam terhadap rentetan ‘pembunuhan demi kehormatan’ di Pakistan. Kritikan itu rupanya mencetuskan kemarahan Hamdullah.

Marvi Sirmed lantas menyaut perdebatan itu dengan bersetuju terhadap komentar Masroor. Hujah wartawan itu membuat debat berkenaan benar-benar berubah panas hingga senator tersebut mengeluarkan ancaman terhadap Marvi.

Usai debat, Marvi menceritakan ancaman itu dengan menulisnya di Facebook. “Dia (Haifz Hamdullah) mula menyalahgunakan saya dengan umpatan kemungkinan terburuk. (Dia) menyebut saya pelacur dan berkata ‘tumhaari shalwaar utaar Doon ga aur tumhaari Maan ki bhi’,” tulis Marvi, seperti dilaporkan news.com.au hari ini.

Baris ayat dalam bahada Urdu itu bila diterjemahkan bermaksud; “Saya akan tanggalkan pakaian anda dan akan melakukan perkara yang sama untuk ibu anda juga.”

Marvi tidak tinggal diam menerima ancaman itu. Dia menjawab dengan menyuruh senator itu melakukannya pada keluarganya sendiri.


Jawapan itu benar-benar membuat senator itu emosi, di mana Marvi nyaris dipukul sebelum kakitangan keselamatan stesen televisyen mencegah dan membawa senator itu pergi dari forum debat.

“Dan penjual agama ini berpuasa sementara dia melakukan semua ini,” sindir Marvi merujuk saat bulan Ramadhan yang dijalani umat Muslim.

Akibat insiden itu, Marvi Sirmed dipanggil Ketua Senat Pakistan; Raza Rabbani untuk menyiasat dugaan serangan fizikal yang dilakukan Hamdullah.

Ketua Senat juga meminta pihak stesen News One untuk mengeluarkan rakaman CCTV yang menunjukkan senator Hamdullah cuba untuk menyerang secara fizikal. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori