Senator BN Lulus SST, Tidak Mahu Jejaskan Negara

KUALA LUMPUR – Senator Barisan Nasional (BN) meluluskan empat rang undang-undang di Dewan Negara semalam bagi membolehkan kutipan cukai jualan…

KUALA LUMPUR – Senator Barisan Nasional (BN) meluluskan empat rang undang-undang di Dewan Negara semalam bagi membolehkan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan dibuat demi kebaikan negara.

Senator Datuk, Ong Chong Swen yang juga Naib Pengerusi Wanita MCA berkata, senator-senator BN sedar apa-apa penangguhan mampu menjejaskan keadaan ekonomi negara jika berpanjangan.

“Oleh itu, kami mengambil keputusan demi kebaikan masa depan negara,” katanya dalam kenyataan disiarkan oleh MCA Online di sini hari ini.

Semalam lima rang undang-undang (RUU) iaitu Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018, RUU RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Terdahulu Kerajaan Pakatan Harapan bimbang Dewan Negara tidak akan meluluskan undang-undang berkenaan memandangkan majoriti Ahli Dewan Negara adalah dari BN.

Dalam pada itu Chong Swen mahu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan berhenti mencari alasan dan mengalih kesalahan kepada pihak lain apabila harga barangan sukar diturunkan kepada terdapat monopoli-monopoli degil.

“Sebagai kerajaan baharu, mereka patut mengambil langkah proaktif menangani masalah harga barang yang tidak turun, atau berhenti membuat janji-janji kosong yang tidak mampu dilaksanakan,” katanya.

Sekarang, katanya, kerajaan harus bertanggungjawab atas keputusan mereka untuk memansuhkan GST yang diakui Guan Eng sendiri sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan SST.

“Malah, beliau sendiri juga mengakui bahawa SST mempunyai banyak ketirisan dan kelompangan yang bakal menurunkan pendapatan negara,” kata Chong Swen.

Pakatan Harapan, ujar beliau, harus menangani masalah kenaikan harga untuk prihatin kepada kebajikan rakyat, dan bukan mengelak tanggungjawab.

“Sekarang Pakatan Harapan mahu bawa balik SST dan pada masa yang sama turut melaksanakan cukai soda dan meningkatan cukai gula.

“Ini merupakan satu langkah ke belakang dan Pakatan Harapan perlu bertanggungjawab jika harga barangan tidak turun, dan bukan menyalahkan pihak lain,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE

Loading...