Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sistem Cabut Undi Tender...

KUALA LUMPUR - Sistem cabut undi bagi pemberian tender Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan...

1MDB: Pakar Siber Dakwa...

SAH palsu. Pendedahan kononnya ada dokumen 'bocor' kerjasama perniagaan firma pelaburan kerajaan 1Malaysia...

Jantina Anak Panda Gergasi...

KUCHING - Ibu panda gergasi yang terlalu melindungi membuatkan sehingga kini anak panda...

Lesen Operasi AirAsia Indonesia...

MENURUT Djoko Muratmodjo, pemangku Ketua Pengarah untuk navigasi udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, lesen operasi...

Senarai Ahli Kabinet Pada Peringkat Akhir

SENARAI ahli Kabinet kerajaan baharu berada pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada minggu depan.

Sumber berkata, ketua parti yang membentuk Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipertimbangkan dan dipersembahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Cadangan daripada parti sudah diserahkan kepada Perdana Menteri. Kita doakan semuanya berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, barisan kabinet baharu ini terdiri daripada muka baharu dan ahli politik berpengalaman untuk membentuk pasukan mantap.

Sebelum ini pemerhati politik meramalkan beberapa bekas menteri kanan daripada UMNO akan mendapat tempat dalam Kabinet Muhyiddin nanti.

Antaranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ia berdasarkan pengalaman mereka menguruskan beberapa kementerian selain tidak terpalit dengan kontroversi murahan.


Berdasarkan latar belakang, mereka berpotensi diletakkan di kementerian tertentu yang bersesuaian dengan bidang mereka.

Terbaharu, Mahdzir dikatakan akan diberi tanggungjawab menjaga portfolio pertanian atau luar bandar berdasarkan pengalaman menjadi exco pertanian dan kawasan diwakilinya.

Manakala Hishammuddin layak dipertimbang untuk menguruskan hal ehwal antarabangsa kerana dia ‘lulus’ ketika menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas dan sewaktu mengendalikan tragedi MH370.

Begitu juga dengan pemimpin PAS yang dikatakan memenuhi kriteria untuk dilantik ke kabinet berdasarkan latar belakang dan peribadi yang disukai rakyat.

Nama seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Takiyuddin Hassan dan beberapa orang lagi disebut-sebut layak memegang kementerian tertentu terutamanya menjaga hal ehwal agama yang sebelum ini dilihat menimbulkan kegusaran banyak pihak. – myMetro Online

Kategori