Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Bersedia Jika Kerajaan...

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang...

Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap...

Izreen Azminda, Bekas Suami...

WALAUPUN rumahtangga yang dibina tidak berpanjangan, Izreen Azminda bersama bekas suami, Muhammad Riza...

Urusan Jenazah, Hanya Ambil...

KUALA LUMPUR - Kira-kira dalam lapan minit sahaja masa yang diambil bagi menguruskan...

Semua UTC Ditutup Sepanjang Hari PRU14

TUTUP… Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimananapun ia akan mula beroperasi semula pada hari keesokannya iaitu 10 Mei, 2018 seperti biasa, tambah kenyataan tersebut. UTC merupakan antara usaha dan inisiatif pihak kerajaan.

Ia untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar secara bersepadu di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan sahaja.

UTC adalah sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan sektor swasta.

Dianggarkan lebih 12 juta orang mengunjungi semua UTC di seluruh negara sepanjang tahun. Selain itu kerajaan juga berhasrat mewujudkan UTC mini di setiap negeri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori