Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Denda RM50,000 Individu Potong...

PUTRAJAYA - Mana-mana individu yang melompat giliran bagi cuba mendapatkan vaksin COVID-19 dalam...

Liow Hadir Istiadat Khas...

SEPANG - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba di Kompleks Bunga...

Kecoh Bila Lelaki Bogel...

TINDAKAN seorang lelaki berjalan-jalan dalam keadaan bogel dalam kawasan kampus mengejutkan seluruh warga...

Kastam Patah Cubaan Seludup...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

“Semua Tuduhan Konspirasi, Salah Guna Kuasa”

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang beliau bukan diberi pengampunan daripada kesalahan yang disabitkan, tetapi dibebaskan dan dibersihkan kerana sabitan ke atasnya ialah fitnah dan melibatkan salah guna kuasa.

Dalam sidang media di kediamannya hari ini, Anwar berkata berbeza dengan pengampunan atas kesalahan, kes beliau ialah pengampunan dan dibebaskan daripada sabitan yang dilakukan dengan motif politik.

“Kita tidak mohon pengampunan kerana kesalahan disabitkan, kita tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa dan apa (proses perundangan) yang bertentangan dengan prinsip keadilan,” katanya.

“Saya dibersihkan sama sekali daripada segala kesalahan,” tambahnya lagi.

Beliau menyifatkan dakwaan dan sabitan terhadap beliau sebagai konspirasi dan salah guna kuasa bermotif politik untuk membunuh karekternya.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari pada 2008, kes yang didakwa oleh ahli keluarga dan penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

Katanya, beliau dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan melawat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad esok untuk menyampaikan penghargaan atas usahanya membantu pembebasan beliau.

Menjelaskan peranannya sejurus selepas pembebasan, Anwar berkata beliau akan membantu dan menyokong pentadbiran baharu pimpinan Mahathir ini.


“Saya akan membantu dan menyokong sebagai rakyat biasa di Malaysia ini,” katanya sambil menyatakan sokongan kepada pelaksanaan agenda reformasi oleh kerajaan baharu.

Anwar juga menggesa agar agenda perubahan yang dijanjikan dilaksanakan segera oleh kerajaan persekutuan baharu Pakatan Harapan.

Beliau turut menjelaskan kesediaan untuk memenuhi jemputan beberapa universiti terkemuka di Barat sebelum kembali aktif dalam politik.

Jelas Anwar, antara universiti yang menjemput beliau termasuk Harvard, Georgetown dan Stanford di Amerika Syarikat.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sementara di Universiti Georgetown dan Oxford selepas dibebaskan daripada penjara pada 2004. – Mynewshub.cc

Kategori