Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Diva AA Sanggup Tolak...

BERSEMANGAT... ‘I supposed to go for another job, but I cancel last minute’...

Petisyen Desak Hukuman Mati...

PETISYEN bagi mendesak hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang remaja berusia 19...

R&D Kenaf Dipergiat

KUALA LUMPUR – Kementerian Industri Utama akan memberi fokus ke arah mempergiat aktiviti...

Penganggur Bunuh Kejam 3...

MELAKA - Pembunuhan kejam tiga beranak di sebuah rumah di Bertam Malim di...

Semua Pihak Perlu Jadi Rakan Strategik AADK

ALOR SETAR – Semua pihak perlu menjadi rakan strategik kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha membantu mengekang penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) negeri Datuk Dr Ismail Salleh berkata usaha pencegahan masalah dadah itu bukan sekadar tanggungjawab kerajaan dan agensi terlibat namun memerlukan kerjasama daripada para ibu bapa, guru dan komuniti setempat.

“Kita tidak ada pilihan lain selain untuk berkolaborasi dan melibatkan semua pihak untuk tangani masalah dadah yang dilihat semakin serius. Gejala ini tidak mungkin dapat ditangani sekiranya hanya melibatkan AADK dan Polis Diraja Malaysia.

“Selain itu, saya juga ingin pastikan organisasi seperti kariah masjid dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung untuk bantu dan jadi rakan rapat kepada AADK supaya masalah dadah dalam kalangan masyarakat dapat diatasi bersama,” katanya ketika berucap di sini malam tadi.

Terdahulu, Dr Ismail telah menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota media dan sukarela AADK bersempena Program Aspirasi Rakan Strategik AADK negeri.


Sementara itu, Pengarah AADK Kedah Mahadzir Elias berkata penglibatan semua pihak terutamanya golongan media sangat penting untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pendedahan berkaitan dadah kepada masyarakat.

“Media banyak memberi sokongan kepada AADK untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya penyalahgunaan dadah, jadi saya ingin menyeru semua agensi media untuk turut sama melipatgandakan usaha untuk membanteras gejala tidak sihat ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • AADK

Kategori