Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

16 Maut Dalam Serangan...

Beirut - Satu serangan bom kereta berhampiran sebuah hospital di bandar Homs semalam...

Beli Motor ‘Hasil’ Wang...

JAKARTA - Seorang wanita memuat naik hasil usaha suaminya berhenti merokok apabila wang...

Kebanyakan Jam Tangan ‘Rolex’...

BEBERAPA jam selepas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman, merampas...

Masalah Radiator Pangsapuri, Dua...

NEW YORK - Dua beradik maut selepas mengalami kesan melecur wap di pangsapuri...

Semua Pasukan Liga Super Wajib Ada Lesen Kelab

KUALA LUMPUR – Sebelas pasukan Liga Super musim ini berdepan dengan tindakan diturunkan ke Liga Perdana jika gagal memperoleh pelesenan kelab sebelum Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata setakat ini hanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperoleh pelesenan kelab seperti yang disyaratkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Peraturan tersebut diadakan bagi memastikan sasaran penswastaan liga pada tahun depan seperti yang dicadangkan dapat direalisasikan, katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata setakat ini hampir sebahagian besar daripada 11 pasukan dan kelab yang bersaing dalam Liga Super musim ini telah mencapai kemajuan di antara 60 hingga 80 peratus bagi mendapatkan pelesenan kelab tersebut.

“Cuma ada beberapa pasukan sahaja lagi yang dilihat bersikap sambil lewa dalam mendapatkan pelesenan kelab yang merupakan antara inisiatif kita dalam memartabatkan kualiti Liga Malaysia,” katanya.

Kevin, bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah pasukan yang dilihat kurang mempamerkan kesungguhan bagi memohon pelesenan kelab itu.


Justeru, beliau meminta pasukan dan kelab supaya memandang serius arahan untuk mendapatkan pelesenan kelab atau berdepan dengan tindakan yang bakal menjejaskan operasi mereka pada masa akan datang

Beliau berkata pasukan yang gagal mendapatkan Lesen Kelab sebelum tarikh tutup pada Oktober ini masih boleh mengemukakan rayuan kepada FMLLP untuk diberi lesen sementara namun tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan.

Katanya, pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana juga diwajibkan memiliki lesen berkenaan untuk pertandingan pada tahun 2020, dengan tarikh permohonan dibuka pada 2019. – BERNAMA

Kategori