Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

6 Lelaki Ditahan Bantu...

MELAKA - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan ke...

MP Tak Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR – Mereka yang terpilih sebagai Anggota Parlimen tetapi tidak hadiri majlis...

Facebook Live Senjata Kempen...

BANGI - Tekad semata-mata mahu membantu rakyat menjadi ‘azimat’ buat calon MCA, Tan...

Mawar Fareeda Sasar Jual...

MAWAR, isteri kepada pelakon Fizo Omar telah memperkenalkan produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu...

Semua Parti Dalam PH Perlu Fokus Capai Matlamat Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR – Semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) perlu bersama-sama memfokuskan usaha mencapai matlamat Malaysia Baharu.

Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu akan meninggalkan PH jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan juga perlu dilihat daripada perspektif lebih luas.

“Kita perlu membaca kenyataan itu secara penuh. Kenyataan itu bermaksud semua parti dalam PH termasuk DAP mempunyai misi untuk merealisasikan Malaysia Baharu dan saya rasa itu yang patut dijadikan fokus utama dan dilakukan bersama.

“Matlamat asal perjuangan ialah membawa negara Malaysia ke arah lebih baik.

“Penglibatan ahli parti PH dalam politik bukan demi kedudukan dalam kerajaan sahaja tetapi untuk membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perbarisan Tahunan Putera dan Penyampaian Hadiah Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini, hari ini.

Perbarisan itu diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan 251 Putera Tingkatan 5 yang menamatkan tempoh pengajian selama dua tahun di MTD hari ini.


Perbarisan yang terdiri daripada 427 Putera tingkatan 4 dan 5 itu diketuai Pegawai Rendah Kanan Wan Muhammad Ilmi Ruzain Mohamad Rudi.

Khamis lepas, Kit Siang dalam satu kenyataan menerusi blognya mengulas pandangan ahli perniagaan, Clement Hii, yang menyatakan beliau resah apabila masyarakat melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan pembabitan beliau dengan Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) di Singapura, yang juga didakwa badan perisikan negara jiran itu, Chin Tong berkata beliau merupakan Felo Penyelidik Pelawat institut itu sejak 2006.

Beliau telah menjalankan kajian mengenai PAS, politik dalaman Islam di Malaysia dan menghasilkan artikel yang pernah diterbitkan dalam buku dan jurnal dengan artikel-artikel itu boleh dibaca di laman blognya. – BERNAMA

Kategori