Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Janakuasa Tenaga Geotermal Tawau...

TAWAU - Projek pembangunan Janakuasa Tenaga Geotermal berkapasiti 30MW di Apas Kiri di...

HydraDock: Doc Penambah Sambungan...

DEK kerana keputusan Apple yang hanya meletakkan satu sahaja port sambung USB-C pada...

5 Beranak Tinggal Di...

KUALA NERANG - Lima beranak yang tinggal dalam sebuah pondok daif yang tidak...

Germanwings: Co-Pilot Jumpa Lebih...

DUSSELDORF - Pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis dilaporkan...

Semua Keluarga Bersama Putuskan Rantaian COVID-19 – Tunku Azizah

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjaga keluarga terutamanya ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Bersempena dengan Bulan Keluarga Kebangsaan 2020, Tunku Azizah bertitah, baginda dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua anak-anak dan ahli keluarga agar bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19.

“Kebimbangan terhadap penularan COVID-19 pasti bermain-main di minda setiap dari kita termasuk saya juga. Sebagai ibu dan isteri, keutamaan saya pastinya kepada keluarga saya namun sebagai permaisuri negara sudah tentu semua keluarga di Malaysia turut menjadi keutamaan dan perhatian saya.  

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Bersempena dengan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 bertemakan ‘Kita Jaga Keluarga’, saya dan Tuanku Agong ingin ambil kesempatan berpesan kepada semua anak-anak serta ahli keluarga besar Malaysia supaya bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19,” titah baginda dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi hantaran laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Raja Permaisuri mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan mengambil iktibar kesusahan yang dialami rakyat semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas.


Baginda turut menyeru semua pihak supaya mengingati pengorbanan barisan hadapan dan para petugas kesihatan serta keselamatan yang bertungkus lumus memutuskan rantaian COVID-19.

“Mereka juga mempunyai keluarga seperti kita, andai kita bersatu hati insyaAllah seluruh keluarga boleh berkumpul semula seperti sedia kala. Ambillah iktibar daripada kesusahan dialami rakyat negara kita semasa menjalani PKP pada Mac yang lalu. Adakah kita sanggup menghadapinya lagi.

“Justeru itu, nasihat saya sebagai ibu kepada seluruh keluarga Malaysia kita jaga keluarga kita, jika bukan kita siapa lagi. Bersama-samalah kita raikan keluarga sempena Bulan Keluarga Kebangsaan ini, #kitajagakeluarga,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori