Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

DRB-HICOM Bhd Akan Terus...

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd. akan terus mengekalkan Proton sebagai jenama kereta nasional...

Kecoh Tun M Seru...

KUALA KANGSAR - Teruja mahu sangat menjatuhkan Barisan Nasional (BN), Tun Dr. Mahathir...

Dua Jari ‘Beku’ Qobin...

DUA jari tangan kiri penjelajah negara, Muhammad Mugharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dikhuatiri...

Trafik Perlahan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

Semua Ahli Parlimen Wajib Isytihar Harta Menjelang 5 Disember

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, semua 222 ahli Parlimen diberikan masa sehingga 5 Disember ini untuk mengisytiharkan harta sendiri, pasangan dan anak dewasa mereka serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.

Katanya, akuan itu perlu dikemukakan kepada speaker Dewan Rakyat dan salinannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau ketika membacakan usul yang diluluskan Dewan Rakyat, berkata ia sejajar prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

Usul khas itu yang mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka diluluskan 1 Julai lalu.

Ahli Parlimen pada mulanya diberikan masa sehingga 1 Oktober lalu untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi Liew berkata, tempoh itu dilanjutkan ke 5 Disember ini.


Di bawah usul itu, ahli Parlimen yang didapati membuat pengisytiharan palsu akan didakwa di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 193 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ahli Parlimen yang gagal mengisytiharkan harta mereka akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Kategori