Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

[RASMI] GPS Menang Parlimen...

PETALING JAYA : Keputusan rasmi menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Hanifah Hajar...

Tak Boleh Melebihi 20...

SAMBUTAN perayaan Aidiladha di rumah dihadkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Keputusan...

Usaha Bendung Penularan Covid-19...

KUALA LUMPUR - Fokus utama kerajaan untuk membendung penularan pandemik Covid-19 mula membuahkan...

Operasi Gali Kubur Di...

KUALA LUMPUR - Operasi menggali 91 kubur fasa kedua di Hutan Simpan Mata...

Sempena Hari Datuk & Nenek: Hargailah Datuk & Nenek Kita

KUALA LUMPUR – Elvina Fernandez, 29, masih menyimpan kenangan indah semasa hidup bersama datuk dan neneknya. Betapa tinggi pengorbanan dan kasih sayang yang mereka curahkan kepadanya.

Betapa sayang datuk dan neneknya kepadanya sehingga datuknya masih sanggup menjadi pengawal keselamatan di sekolahnya selepas beliau pencen.

“Ini bagi memudahkaan datuk saya menjaga saya semasa di sekolah. Dia juga akan membeli makanan dari luar untuk diberi kepada saya kerana dia tahu saya tidak suka makanan yang dijual di kantin sekolah.

“Sementara nenek saya juga akan memastikan saya sentiasa makan makanan yang dimasak di rumah,” katanya.

Beliau berkata mereka juga sentiasa mengajar saya tentang nilai baik seperti bersabar, menyayangi orang lain, sentiasa mengingati Tuhan dan jika tiada perkataan baik yang boleh disebut tentang orang lain, maka jangan menyebut sebarang apa.

Elvina masih teringat betapa neneknya akan melihatnya pergi ke sekolah setiap hari dari balkoni dan akan menunggunya apabila pulang.

“Mereka juga membuka buku akaun bank untuk saya yang duitnya masih saya simpan,” katanya.

Beliau berkata neneknya mempunyai sifat kasih sayang yang bukan sahaja ditunjukkan kepadanya tetapi juga kepada datuknya.

“Selepas nenek saya meninggal, saya mengambil beg tangan dan pakaian sarinya untuk dijadikan kenangan. Satu hari saya membuka begnya dan saya melihat gambar datuk saya di dalamnya,” jelasnya.

Esok negara akan menyambut Hari Datuk dan Nenek. Kerajaan pada tahun lepas telah mengisytiharkan bahawa hari Ahad pertama dalam bulan Oktober setiap tahun merupakan hari Datuk dan Nenek.

Ia disambut bagi menghargai jasa dan sumbangan golongan ini kepada kesejahteraan golongan muda dalam sesebuah keluarga.

Semua orang tentu mempuhyai kenangan indah bersama datuk dan nenek mereka.


Bagi Farhana Abd Razak, 23, seorang pelajar universiti, beliau dijaga oleh neneknya sejak usianya baru sehari hingga neneknya meninggal dunia sewaktu beliau berumur 11 tahun.

“Nenek saya jaga saya sebab ibu bapa saya kerja kilang. Mereka kerja ikut syif, jadi nenek saya kena jaga saya. Untuk ke Tadika, datuk dan nenek saya akan hantar dan ambil saya.

“Kasih sayang kedua-duanya kepada saya adalah sama rata,” katanya.

Anak-anak Masita Md Yassin, 40, pula begitu akrab dengan datuk dan nenek mereka sehingga ada yang masih tinggal dengan datuk dan nenek mereka ketika masih bujang.

Beliau berkata anak-anaknya turut membahasakan nenek mereka sebagai mak.

“Mak saya layan cucu-cucunya macam anak sendiri. Hantar mengaji (al-Quran), membasuh pakaian dan memasak untuk cucu-cucunya,” katanya.

Kepada golongan muda, hargai dan hormatilah datuk dan nenek kita semasa mereka masih hidup. Jangan diambil mudah dengan kehadiran mereka dalam kehidupan kita. Renungkanlah betapa tinggi pengorbanan mereka kepada ibu bapa dan diri kita selama ini.

Betapa kita juga akan menjadi datuk dan nenek satu hari nanti. Selamat menyambut Hari Datuk dan Nenek – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori