Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

iPhone 6s Mula Dijual...

APPLE secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual telefon pintar terbaru...

Terkejut Single Drop Dapat...

INDUSTRI Hip Hop semakin berkembang di negara kita. Kejayaan terbesar muzik irama Hip...

Selepas Lama Tertangguh, Elly...

SELEPAS sekian lama menangguhkan majlis perkahwinannya, akhirnya pelakon cantik, Elly Mazlein akan diijabkabulkan...

Jenazah Sudarmin Aminuddin Akan...

TAWAU - Jenazah anak kapal 'FMSUV FOF LEO' yang berasal dari Kampung Kinabutan...

Sempadan Sarawak Bebas Ancaman Militan

KUCHING —Sempadan Sarawak bebas daripada ancaman kumpulan militan, kata Pesurujaya Polis Kontinjen Sarawak, Datuk Azman Yusof.

Menurut Azman, hasil risikan mendapati tiada kumpulan militan yang membolosi sempadan negeri Sarawak.

“Bagaimanapun pihak polis tidak akan leka, malah pemantauan berterusan akan diadakan di sepanjang sempadan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) di padang kawad Puswat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Puncak Borneo dekat sini hari ini.

Katanya, keselamatan di sempadan sama ada di darat atau di laut adalah sangat penting dan pihak polis mengambil serius mengenai perkara itu.

Beliau berkata kewujudan PGA telah berjaya mengekangkan kegiatan penyeludupan masuk barangan serta kemasukan pendatang tanpa izin (Pati) ke negeri ini.

Sementara itu, diminta mengulas tindakan pihak polis bekerjasama dengan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam operasi pembanterasan kegiatan perjudian haram, Azman berkata sebanyak 55 premis perjudian telah ditutup dan bekalan elektrik ke premis berkenaan dipotong.


Menurut Azman, tindakan drastik itu terpaksa diambil berikutan kedegilan pengusaha-pengusaha premis perjudian haram dan penjual nombor empat digit meneruskan aktiviti haram mereka.

“Tindakan yang kita ambil termasuk memotong bekalan elektrik oleh pihak SEB dilakukan di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Seramai 168 pegawai rendah polis (PRP) yang bertugas di PGA Briged Sabah dan Briged Sarawak berjaya menamatkan kursus asas PGA secara intensif selama tiga bulan di Pulapol Kuching.

Dalam ucapan beliau, Azman berpesan kepada pegawai dan anggota polis bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka sebagai anggota agensi penguatkuasa untuk melaksanakan penguatkuasa undang-undang, menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara serta nyawa dan harta benda awam. – BERNAMA

Kategori