Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Digesa Hubungi TNB...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggesa para kontraktor agar mendapatkan nasihat...

DAP Seru Pertubuhan Cina...

KUALA LUMPUR - DAP menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan berketurunan...

Pengurusan Kes Rayuan Bung...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Mac ini untuk pengurusan kes rayuan Datuk...

Benarlah Beliau Menteri Yang...

BENARLAH Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed seorang yang...

Cabaran Seminggu Hidup Dalam Batu

PARIS – Seorang artis Perancis memulakan cabaran baharu dengan mengurung dirinya dalam batu selama seminggu selepas berjaya berbuat demikian dalam bangkai beruang diawet selama dua minggu sebelum ini.

Abraham Poincheval akan tinggal di dalam batu berbentuk tubuh manusia yang diukir daripada batu kapur bermula kelmarin hingga 1 Mac di muzium seni kontemporari Palais de Tokyo di Paris.

Sepanjang tempoh itu, dia akan memakan buah yang sudah direbus, sup dan puri yang disimpan dalam lubang kecil di dalam bongkah batu itu yang turut dilengkapi saluran udara dan kelengkapan seperti buku log.

Artis itu yang sebelum ini terkenal kerana hidup dalam ruang tertutup memberitahu wartawan, cara terbaik untuk memahami objek ialah dengan memasukinya, bukan melihatnya dari jauh.

Poincheval menghabiskan masa 13 hari tinggal di dalam bangkai beruang yang diawet pada 2014 dan memakan cacing dan kumbang sebagai mengikuti diet haiwan itu. – Reuters/myMetro Online

Kategori