Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

[RASMI] BN Menang Parlimen...

PETALING JAYA : Keputusan rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang Parlimen Beaufort pada...

Rogol Amah: DAP Kemuka...

IPOH - Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham membuat laporan polis hari...

Jangan Salahkan Pilihan Rakyat...

PUTRAJAYA - Rakyat tidak patut disalahkan dalam membuat pilihan pada pilihan raya kecil...

Kerajaan Perpaduan Kekalkan Penjawat...

KUALA LUMPUR: Proses penstrukturan dan pembubaran beberapa agensi sepanjang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk...

Seminar Labur Saham Mega. Kebangkitan Bumiputera!

KUALA LUMPUR -  Seminar Labur Saham Mega yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 15 Oktober 2016 lalu telah berjaya menarik lebih 1,200 penyertaan.

Sambutan hangat ini membuktikan Bumiputera khususnya golongan muda berminat untuk belajar bagaimana meraih pulangan yang luar biasa melalui pelaburan saham secara sah, selamat, mudah serta patuh syariah di Bursa Malaysia.

Seminar Labur Saham Mega. Kebangkitan Bumiputera!

Seminar Labur Saham Mega. Kebangkitan Bumiputera!

Seminar sehari ini telah disampaikan oleh mentor pelaburan saham nombor satu Malaysia iaitu Haji Mohd Asri Haji Ahmad tentang bagaimana untuk terlibat dengan pelaburan saham, pemilihan saham-saham patuh syariah dan apakah strategi-strategi pelabur tersohor bagi memaksimakan keuntungan pelaburan di Bursa Malaysia.

Turut hadir adalah YBhg. Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

PPZ-MAIWP turut berkongsi antaranya tentang kewajipan menunaikan zakat saham khususnya kepada indvidu Muslim yang terlibat dalam bidang pelaburan saham. Pelakon, pengacara TV dan usahawan terkenal Fizo Omar juga telah berkongsikan kisah inspirasi kepada hadirin.

Seminar percuma ini dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy Sdn. Bhd. dan PPZ-MAIWP dengan kerjasama daripada Bursa Malaysia, BIMB Securities Sdn. Bhd., 9 Equity Wealth Creations Sdn. Bhd., Koperasi Remisier Bumiputera Berhad dan Malaysian Association of Technical Analyst dengan tujuan untuk memberi pendedahan terutamanya kepada Bumiputera tentang peluang yang ada dalam pasaran saham, saham-saham patuh syariah di Bursa Malaysia dan tanggungjawab menunaikan zakat saham.

Statistik terkini sehingga Jun 2016, menunjukkan bilangan Bumiputera yang terlibat secara langsung dalam pelaburan saham adalah sangat rendah:

i) Terdapat 5 juta pemegang akaun CDS (akaun pelaburan saham) di Malaysia.

ii) 1.86 juta (73.8%) akaun CDS merupakan akaun individu.

iii) 1.10 juta (59.0%) adalah akaun CDS individu yang aktif.

iv) Hanya 0.24 juta (21.8%) daripada akaun CDS individu yang aktif adalah milik Bumiputera.


Sumber: Islamic Capital Market, Bursa Malaysia

Penyertaan golongan Bumiputera masih rendah disebabkan persepsi negatif tentang pelaburan saham yang mana mereka takut akan kerugian sedangkan pelaburan saham ini adalah seperti perniagaan pasti akan menempuh untung dan rugi. Ganjaran tidak akan hadir tanpa risiko. Di sinilah pentingnya pendedahan tentang ilmu pelaburan saham yang sebenar kepada masyarakat.

Selain daripada itu, persepsi salah seperti memerlukan modal yang besar untuk memulakan pelaburan menyebabkan pelaburan saham terpinggir sedangkan minima unit yang boleh dibeli hanya 100 unit dan bergantung kepada harga sesuatu saham.

Tanggapan yang mengatakan pelaburan saham ini ibarat perjudian dan haram di sisi agama juga perlu diperbetulkan kerana pelaburan saham dengan ilmu bukan perjudian tetapi perniagaan dan hukumnya harus untuk terlibat bagi masyarakat Bumiputera khususnya.

Sehingga kini terdapat 669 syarikat patuh syariah didagangkan di Bursa Malaysia yang mana pengawalseliaan dibuat oleh panel syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Baru-baru ini juga Bursa Malaysia juga melancarkan Bursa Malaysia-i platform sekuriti Islam bersepadu pertama di dunia dengan tema ‘hidup berhemah, pelaburan berhemah, labur syariah’.

Pelancaran platform itu bertujuan memberikan pelabur pilihan melabur dan memperdagangkan produk pelaburan patuh syariah. Permodalan pasaran syariah di Malaysia kini mencecah RM1.1 trillion daripada jumlah pasaran modal yang mencecah RM1.6 trillion.

Di dalam program ini turut dilancarkan siri jelajah Seminar Labur Saham 2016 anjuran Asri Ahmad Academy Sdn. Bhd. di 7 lokasi di seluruh Malaysia bermula dengan Seminar Labur Saham Mega di Kuala Lumpur, diikuti Kuching pada 23 November 2016, Alor Setar pada 4 November 2016, Pulau Pinang pada 5 November 2016, Kuantan pada 10 November 2016, Kota Bharu pada 11 November 2016 dan berakhir di Kuala Terengganu pada 12 November 2016.

Diharapkan dengan penganjuran seminar saham sebegini dapat memberikan pendedahan dan menarik minat masyarakat untuk melabur saham dan berjaya melahirkan sekurang-kurangnya 30,000 pelabur-pelabur Bumiputera baru dan berjaya bagi tempoh 3 tahun akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang seminar seterusnya, sila layari: www.asriahmadacademy.com. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori