Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US hari ini, berikutan...

Zawawi Idam Kejayaan Di...

KUALA LUMPUR – Selepas mengukir nama dalam perlumbaan berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan...

Anggaran Kemusnahan Aset Awam...

KOTA BAHARU - Taksiran kemusnahan infrastruktur dan aset awam akibat banjir buruk yang...

Bangkit Isu Hidup Mewah:...

KUALA LUMPUR - Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Ahmad Azam Abdul Rahman mendedahkan tentang...

Selesai Salur Peruntukan Khas Felda Hujung Disember

PUTRAJAYA – Peruntukan khas berjumlah RM77 juta untuk membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijangka selesai disalurkan akhir bulan ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Peruntukan itu dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh peneroka terutamanya dalam menyediakan keperluan persekolahan untuk tahun baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) prihatin dengan kesukaran dilalui peneroka Felda apabila harga sawit dan getah berada pada tahap yang rendah.

“Di sebalik segala kemelut melibatkan Felda yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, MEA bersama dengan pengurusan baharu Felda telah dan sedang berusaha keras untuk memastikan kebajikan peneroka dan keluarga mereka sentiasa terpelihara,” katanya.

Menurutnya, sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan, simpanan tunai Felda hampir kosong dengan bebanan hutang sebanyak RM8.025 billion.

Mohamed Azmin berkata ini memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda seterusnya menjejaskan proses pembayaran kepada peneroka dan pembayaran komitmen lain.

Katanya pihak pengurusan Felda sedaya upaya memastikan segala komitmen tersebut dapat dipenuhi, namun memandangkan jumlah yang perlu ditanggung adalah tinggi dan berterusan, Felda kebelakangan ini menghadapi kesukaran untuk memenuhinya.


“MEA telah mengambil langkah proaktif untuk mengatasi kemelut ini dengan memohon peruntukan khas sebanyak RM77 juta daripada kerajaan. Di atas keprihatinan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), peruntukan khas ini telah diluluskan pada 20 Dis,” katanya.​​​​​​​

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan khas RM77 juta tersebut bagi membantu peneroka Felda melunaskan bayaran-bayaran tertunggak pada tahun semasa.​​​​​​​

Jumlah itu merangkumi bayaran khairat kematian sebanyak RM1.2 juta melibatkan waris kepada 120 peneroka yang telah meninggal dunia, manakala RM43 juta pula untuk bayaran tunggakan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka.​​​​​​​

Sebanyak RM32.8 juta pula diperuntukkan untuk bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula yang akan memanfaatkan 38,000 orang peneroka Felda. – BERNAMA

Kategori