Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

PAS Tunggu Kerjasama Dengan...

MARANG - PAS tidak menolak kemungkinan hubungan kerjasama yang terjalin dengan parti UMNO...

Kehilangan Kabel TM: 5...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi individu yang...

Sidang Parlimen Segera Sebelum...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk memanggil sidang...

Lelaki Malaysia Positif Covid-19...

SINGAPURA - Seorang lelaki Malaysia berusia 34 tahun menjadi kes baharu Covid-19 yang...

Selesai Di Pekan, Najib Dah Pulang Ke KL

SELEPAS selesai program di Pekan, Pahang, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berangkat pulang ke ibu negara.

Beliau tiba di kediamannya di Jalan Duta kira-kira jam 1.17 petang selepas hampir tiga jam meninggalkan Pekan sambil diiringi beberapa pengiring.

Najib yang juga ahli parlimen Pekan dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagaimanapun pulang melalui jalan darat kerana tidak lagi diberi keistimewaan menggunakan pesawat kerajaan.

Beliau terdahulu memberi tahu perkara itu ketika berucap di hadapannya ribuan penyokongnya di Pekan Semalam.

“Pagi tadi saya menaiki kenderaan ke Pekan sebab tak ada lagi kapal terbang. Saya bertolak 9.30 pagi, sampai Pekan 12.10 tengah hari,” katanya semalam.

Program di Pekan merupakan acara pertama Najib di kubu kuatnya itu sejak memenangi Parlimen itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.


Petang ini, bekas Presiden Umno itu dijadualkan berbuka puasa bersama UMNO Pahang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau juga akan dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok  pada jam 9 pagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori