Selepas Piagam Muafakat UMNO-PAS, Sokongan Anak Muda Meningkat

SEMENYIH – Sehari selepas UMNO dan PAS menandatangani Piagam Muafakat Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata sokongan anak muda kepada Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.

Bekas Perdana menteri itu berkata sokongan anak muda yang ramai dalam program sembang santai sempena Hari Malaysia di sini semalam merupakan satu lagi manifestasi dan kepercayaan mereka terhadap BN.

Program bersama Najib itu pertama kali dihadiri anak muda selepas Piagam Muafakat Nasional ditandatangani secara rasmi UMNO-PAS, Sabtu lalu.

Beliau berkata penyatuan ummah antara PAS dan UMNO akan mengubah landskap politik tanah air kita.

“Landskap baru ini akan memberi faedah bukan sahaja pada ummah tetapi kepada mereka yang bukan Islam,” katanya dalam program santai di Lepaking 2.0 di sini.

Najib berkata Piagam Muafakat Nasional bukan untuk menyekat mana-mana kaum atau kebebasan agama kerana UMNO-PAS tetapi akan memberi bantuan kepada golongan minoriti di negara ini.

“Namun hasrat kita mahu mewujudkan perpaduan ummah pada Islam dan tidak ada sesiapa boleh halang.

“Inilah merupakan benteng masa depan negara yang jamin Malaysia melonjak ke peringkat tinggi dalam kemajuan di Asia dan negara pada keseluruhannya,” kata beliau.

Sabtu lalu, piagam 5 teras itu ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu, Najib berkata ekonomi negara masa ini tidak sehebat ketika zaman BN memerintah kerajaan.

Katanya, banyak eset-eset dijual dan orang muda tidak akan dapat mengecapi apa usaha yang telah dibuat hari ini.

“Kita tuntut kepada perubahan kerajaan ini dengan kerajaan baru,” katanya.

NAJIB POPULAR

Dalam pada itu, beberapa anak muda yang ditemui dalam program itu mengakui mereka datang untuk berjumpa Najib dan ada antara mereka datang dari Negeri Sembilan untuk melihat kemeriahan sembang santai tersebut.

Amirul Mustafa, 25, berkata dia datang dari Negeri Sembilan untuk bertemu dengan Najib dan mahu memeriahkan lagi program santai itu.

“Lepas Najib tak jadi perdana menteri keadaan huru-hara,” katanya.

Hafizhan Hadi, 16, berkata dia mengetahui program santai bersama Najib dan ingin lihat sendiri kemeriahan orang ramai yang datang.

“Datang sini sebenarnya nak lepak tetapi tahu Najib nak datang.

“Lepas Najib tak jadi perdana menteri ini bertambah minat,” katanya.

Hayati Daud, 21, berkata populariti Najib semakin meningkat kerana beliau sentiasa dekat dengan rakyat.

Katanya tidak salah jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dan BN menang semula.

Shamzul Ekmar, 28, berkata datang ke program santai itu hanya suka-suka bersama rakan-rakannya.

“Datang cuma nak ikut konvoi kawan-kawan dan makan-makan sambil lihat Najib,” katanya. – FMT

Loading...