Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PU Sendayan Terbaik, Canggih...

SEREMBAN - Pangkalan Udara (PU) Sendayan disifatkan antara pangkalan paling terbaik, canggih dan...

Pekerja Ladang Kelapa Sawit...

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Kes Baharu Covid-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,828 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah...

Jangan Cepat Menghukum Pasukan...

IPOH — Pasukan futsal Johor mohon peminat sukan tempatan agar tidak terus menghukum...

Selepas Peguam Negara, DAP Sasar Kuasai Perundangan

PEMIMPIN utama DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam mendesak Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletak jawatan.

Alasannya, perletakan jawatan dua tokoh kehakiman ini boleh menamatkan satu “krisis perlembagaan” melibatkan pelantikan mereka yang menurutnya merupakan satu isu yang perlu ditangani untuk pembaharuan kehakiman dan perundangan Malaysia.

“Perletakan jawatan dari Md Raus sebagai Ketua Hakim dan Zulkefli sebagai Presiden Mahkamah Rayuan membolehkan satu permulaan yang tepat untuk pembaharuan kehakiman dan undang-undang yang sangat diperlukan di negara ini,” kata Kit Siang.

Kit Siang menarik perhatian kepada pelantikan kedua-dua Raus dan Zulkefli yang menimbulkan kontroversi sebagai satu alasan kenapa mereka perlu berundur.

DAP mahu Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dan telah mencadangkan nama beliau sejak 2016.

Kit Siang pernah menulis di akaun Twitternya pada 2016 mencadangkan nama Richard sebagai Ketua Hakim Negara.

Sebelum ini, pada 2017, PH menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memprotes pelantikan semula Raus dan Zulkefli.

Desakan Kit Siang ini dilihat sebagai lanjutan usaha DAP untuk meletakkan tokoh-tokoh pilihan mereka bagi menguasai kedudukan-kedudukan penting dalam perundangan negara, bermula dengan Peguam Negara, Tommy Thomas yang sudah disahkan.


DAP bersikap agresif dalam menuntut pelantikan tokoh-tokoh pilihan mereka ini, yang dilihat sebagai antara sasaran untuk mereka kuasai sejurus mendapat kuasa.

Sebelum ini, pemilihan Thomas sebagai Peguam Negara mencetuskan krisis antara kerajaan Pakatan Harapan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan beliau kontroversi kerana sikap politiknya sebelum ini yang sangat kritikal dalam isu-isu sensitif seperti undang-undang syariah dan peranan Raja-Raja Melayu.

DAP kelihatan berjaya menguasai perundangan melalui pengaruhnya yang kuat dalam kerajaan PH, bermula dengan pelantikan Thomas yang kontroversi.

Agenda DAP ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam yang melihat kedudukan perundangan syariah di Malaysia bakal terpinggir. – Mynewshub.cc

Kategori