Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M.

Ia ekoran kenyataan Tun M…”tindakan lebih awal terhadap Najib Razak gagal diambil kerana telah dibocorkan oleh TS Khaled.”

Baca.. https:www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/310779

Ada tiga persoalan apabila Tun M membuat dakwaan tersebut. Pertama, memang wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk jatuhkan Najib sebagai PM.

Kedua, konspirasi itu wujud tetapi TS Khaled tidak mahu terlibat dengannya. Maka apakah wajar disiasat mereka yang kekal terlibat? Nama yang disebut ialah Zeti, TS Abu Kassim dan Ghani Patail.

Ketiga, siapakah dalang utamanya?

Ini mengingatkan kita kepada afidavit TS Apandi Ali bekas Peguam Negara terhadap peguam Gopal Seri Ram.

Apandi dakwa Gopal datang ke rumahnya petang Januari 2018 kononnya bawa pesanan penting dari Tun M.

Apandi berkata, Sri Ram beritahunya Tun M mahu dia menangkap Najib di pejabatnya jam 2 petang keesokan harinya.

“Sri Ram mengatakan segalanya telah diatur. Hakim juga telah diatur supaya tahanan reman dikeluarkan terhadap Najib,” katanya.

Baca.. https://www.sinarharian.com.my/article/87203/BERITA/Nasional/Apandi.

Masih banyak yang misteri di atas tindak tanduk bekas PM ke 7 hingga ke hari ini.

Justeru diharap pertembungan Khaled dan Tun M di Mahkamah akan bongkar lebih banyak rahsia bagaimana bekas PM masih ada pengaruh dalam kerajaan.

Apatah lagi apabila dia kembali berkuasa sebagai PM ke 7. Lagi banyak campur tangan politik. Mujur Kerajaan PH tumbang awal.

MOHD PUAD ZARKASHI