Selepas Bermacam Kejutan, Hafiz – Aina Bakal Disatukan

SETIAP manusia dilahirkan berpasang-pasangan. Jodoh yang baik sentiasa diimpikan oleh semua umat manusia bagi menjalani saat indah berumah tangga.

Setelah bermacam-macam kejutan yang diberikan, akhirnya pasangan romantis Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina bakal disatukan di dalam sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemilang hari ini.

Hafiz dan Aina merupakan pasangan kekasih yang tular menerusi laman sosial kerana kisah cinta mereka yang indah diselang dengan kejutan yang diidamkan oleh setiap wanita.

Walau sering dicaci dan dikritik ramai netizen, namun mereka tetap tabah untuk memberikan yang terbaik dalam perhubungan mereka.

Bagi mereka, kejutan yang diberikan bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri, tetapi ia untuk keluarga mereka juga yang telah merestui hubungan itu.

Mereka masing-masing mempunyai pekerjaan yang sendiri iaitu Hafiz merupakan seorang usahawan manakala Aina ialah seorang model Muslimah.

Pasangan ini mula menjalinkan cinta sejak zaman bangku sekolah lagi sewaktu mereka di peringkat sekolah menengah.

Kalau tengok sekarang Aina memang cantik sangat. Tapi korang tahu tak yang dulu gadis tu memiliki badan yang gempal dan mempunyai masalah kulit.

Namun itu tidak membuatkan Hafiz berputus asa bagi memiliki hati gadis berusia 23 tahun itu yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media dalam Perhubungan Awam.

Kisah cinta mereka mula tular apabila setiap apa yang dilakukan oleh Hafiz menjadi sebutan para netizen sehingga ada pasangan kekasih yang bergaduh kerana mahukan teman lelakinya bergaya seperti Hafiz.

Baca: Sampaikan Rambut Hafiz Pun GF Nak Pakwe Dia Tiru

Baru-baru ini, mereka baru sahaja selesai menjalani penggambaran di beberapa lokasi seperti di The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh serta Kellies Castle, Batu Gajah bagi video pre-wedding di bawah terbitan D’Loven Group.

Video itu yang telah tular di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah membuatkan netizen menggelarkan perkahwinan mereka bagaikan Wedding Of The Year.

ADAKAH PERKAHWINAN HAFIZ MAHAMAD & SYAFIQAH AINA AKAN MENJADI WEDDING OF THE YEAR 2017??Daripada kejutan suprise dengan limosin, kapal mewah, hadiahkan kereta Honda Civic pada harijadi Aina dan apa lagi seterusnya?? Nantikan….Yang pasti busana & baju yang dipakai oleh Aina & Hafiz tiada HUTANG dari pemilik busana yg cantik ini. Sekian Terima KasihPre Wedding Video Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina!Art Director & Photographer : Tengku AzriLead Videographer & Editor : Amirul FirdausAssistant Videographer : Emir Rafaie & Badrul OmpelbAssistant Photographer : HishamDin CreativeColours & Rudy HirwanMake Up Artist : Deandra RumaisyaWardrobe: Azura CouturePost Processing by D'Loven Group.Location : The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh

Posted by Tengku Azri on Ahad, 19 November 2017

Ramai netizen cemburu dengan kisah cinta yang telah mereka gambarkan di dalam video tersebut.

Lagi-lagi apabila melihat busana pengantin yang digayakan mereka ketika di taman dan di dalam istana tersebut.

Sebentar tadi, Hafiz baru sahaja membuat live di akaun Instagram miliknya dan dia telah bercerita sedikit sebanyak mengenai majlis yang bakal berlangsung selepas solat Asar pada Jumaat.

“Ini merupakan perkahwinan impian untuk Aina (tunang), saya buat majlis grand semua untuk tunaikan impian dia.

Wedding ni semua ialah hadiah daripada saya untuk Aina sebab ni semua memang impian dia,” kata Hafiz yang kini sedang bersiap sedia bagi acara pernikahan nanti.

Sebelum ini, Hafiz pernah menggemparkan pengguna media sosial apabila video kejutan buat kekasih hati dengan menyewa sebuah kereta limousin putih dan dengan menaiki sebuah kapal mewah dengan keluarga masing-masing.

Setiap kejutan yang dilakukan oleh pemuda yang berasal dari Kelantan itu pasti dia akan mengupah jurugambar profesional iaitu team produksi D’Loven Group.

Untuk korang yang selalu berangan-angan nak celebrate birthday mewah macam ni, korang kena berusaha okay. Jangan suruh boyfriend korang kena jadi macam Hafiz pula.

Lain orang lain usahanya untuk membahagiakan insan yang tersayang. Apa yang dilakukan oleh pasangan ini merupakan satu pencapaian bagi mereka sendiri setelah bertahun-tahun menyulam cinta walaupun sering dicaci dan dikritik oleh netizen.

Semoga dengan perkahwinan ini, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Yang Maha Esa. Setiap perhubungan pasti akan berakhir dengan perkahwiann. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...