Selebriti Zahir Takziah Atas Pemergian Jins Shamsuddin

PEMERGIAN seniman legenda negara, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin akibat sesak nafas semalam turut diratapi selebriti tanah air yang membesar dengan filem lakonan serta pengarahan beliau.

Antara selebriti yang sempat menitipkan ucapan takziah di laman sosial ialah penyanyi no. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza, dramatis Fauziah Dato Ahmad Daud, pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Zul Ariffin yang terkesan dengan pemergian Allahyarham.

Al Fatihah .. Salam Takziah buat seluruh keluarga Arwah & sama2 kita sedekahkan al fatihah serta doa buat arwah ..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Al-Fatihah to Tan Sri Jins Shamsuddin, My Hero.. #JefriZain #NoJefriNoJay #MyTaipingHero

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Tan Sri Jins Shamsuddin Da Tiada Guruku Da Pulang Ke Rahmatullah

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

Fauziah atau Ogy menyifatkan Allahyarham sebagai guru lakonannya, malah mereka pernah bergandingan bersama dalam filem Ali Setan yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Jins, 82, dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.45 petang semalam di sebuah klinik swasta di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Halijah Abdullah, 58, dan empat anak lelaki, Muhammad Jafri (perkahwinan dengan seniwati Rahmah Rahmat), Putera Hang Tuah @ Shazrin (perkahwinan dengan Jamilah Shukur) dan dua anak hasil perkahwinan bersama Halijah iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim. – MYNEWSHUB.CC

Loading...