Selebriti Popular Meriahkan Sambutan Hari Lahir Siti Ke-38

TAHUN ini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza genap berusia 38 tahun dan walaupun ulang tahunnya jatuh pada hari Rabu ini (11 Januari) namun pihak pengurusan Simply Siti mengambil kesempatan cuti hujung minggu semalam bagi meraikan sambutan hari lahir penyanyi tersebut.

Bertemakan hitam dan putih, majlis penuh glamor dan meriah itu turut dihadiri ramai selebriti popular yang turut mengagumi bakat dan personaliti yang dimiliki figura bernama penuh Siti Nurhaliza Tarudin ini. Antara yang hadir ialah Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elizad Sharifudin, Nazim Othman, Izara Aishah, Elizabeth Tan, Nazim Othman dan pasangan suami isteri popular, Johan Raja Lawak dan Ozlynn.

❤️ @ctdk @jozlynnhanania

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada adik-beradik Siti iaitu Saida dan Saerah yang menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa dan Nazim yang berduet dengan pereka fesyen terkenal, Rizman menerusi lagu Kenangan Terindah nyanyian asal kumpulan Samsons.

Sambutan ulang tahun Siti turut dilengkapkan dengan kehadiran suami tercinta, Datuk Khalid Mohd Jiwa, anak-anak tirinya, iaitu Adib dan Ashraf selain kehadiran kakak iparnya, Datin Zaitun Mohd Jiwa yang merupakan penaung syarikat produksi Global Station. Selamat hari jadi Datuk Siti! – MYNEWSHUB.CC

Loading...