Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kabinet Batalkan Kebenaran Operasi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah membatalkan kebenaran operasi sebuah kilang minuman keras sepanjang...

Jika Ada Bukti Lapor...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri...

Luar Biasa, Sambung Tangan...

CHANGSHA, China - Sekumpulan doktor di hospital di sini membuat satu prosedur luar...

Wajah Iras Scha, Dayana...

PELAKON yang  mula dikenali menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza menepis...

Selangor Tak Sokong PKP Penuh

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, sebaliknya mencadangkan ia diadakan secara bersasar mengikut kluster. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud bagaimanapun memaklumkan kerajaan negeri akan akur sekiranya Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk melaksanakan PKP penuh di negeri ini. 

“Sekiranya PKP tetap ingin dilaksanakan, penambahbaikan perlu dilakukan yang mana ia dilaksanakan mengikut kluster (kawasan tinggi kes). Penduduk kawasan terbabit perlu dilakukan ujian saringan serta divaksin untuk memastikan perkara yang sama tidak lagi berulang pada masa hadapan. 

“Kita tidak mahu PKP seperti sebelum ini yang mana mereka tidak dibenarkan keluar dan apabila PKP itu tamat, kes akan kembali kerana kurang kesedaran terhadap kepatuhan pada prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media khas di Bangunan SUK Selangor hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Khas COVID-19 Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan PKP tidak perlu dilaksanakan berikutan kadar kebolehjangkitan masih rendah berbanding negeri lain iaitu Kelantan dan Pahang. 

Katanya, pasukannya dan kerajaan Selangor berada dalam tahap baik menguruskan wabak berkenaan. Pelaksanaan PKP secara menyeluruh juga akan menjejaskan ekonomi negeri terutamanya peniaga kecil. – BH Online

Kategori