Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DFTZ Pertama Dunia Untuk...

SEPANG - Malaysia menepati janjinya untuk memperkasa perusahan kecil dan sederhana (PKS) dengan...

Taska Permata Bonda Tiada...

KUALA LUMPUR - Taska Permata Bonda di Presint 11, Putrajaya tiada kaitan dengan...

Negara Islam Harus Terus...

KUCHING - Malaysia menyeru negara Islam agar terus memberi komitmen dalam menangani keganasan,...

UPP Kelantan Rampas Rokok...

KOTA BAHARU - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas rokok seludup rokok...

Selangor Nilai Semula Kadar Tarif, Air Percuma

SHAH ALAM – Selangor akan menilai semula kadar tarif air dan program pemberian air percuma supaya tidak membebankan kerajaan negeri dan pengguna yang terlibat.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, bagaimanapun buat masa ini kerajaan negeri berpendirian untuk mengekalkan tarif air serta program pemberian air percuma itu.

“Matlamat penstrukturan air di Selangor sebelum ini adalah untuk mengambil alih operasi rawatan dan pengagihan bekalan air daripada syarikat konsesi sedia ada.

“Justeru, bila masa sesuai, kita harus nilai (tarif dan air percuma) semula supaya ia tidak bebankan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua berkata demikian ketika menjawab soalan Lau Weng San (ADUN Banting) mengenai penstukturan air di Selangor pada sidang dewan undangan negeri di sini, hari ini.


Beliau berkata dengan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sendirian Berhad (SPLASH) bernilai RM2.55 bilion susulan rundingan selama hampir setahun antara pihak itu dan Air Selangor pada 3 Ogos lepas, pengurusan air telah dapat ditangani dengan baik dan saksama.

“Dengan penyelesaian isu penstrukturan industri air, yang mana kini pengurusan air (negeri) diletakkan di bawah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), ia turut mengurangkan kos pengurusan air terawat di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori