Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Selangor Paling Tinggi Permintaan...

PETALING JAYA - Permintaan untuk rumah PR1MA di Selangor adalah paling tinggi berbanding...

Video: Rompak Tak Menjadi,...

IPOH - Malang bagi seorang penjenayah berusia 34 tahun apabila dia berjaya dicekup...

Bot Karam: Nelayan Warga...

KUALA TERENGGANU - "Takut, panik semua ada... alhamdulillah pak cik selamat... tapi pak...

Kuala Lumpur Juara Liga...

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan Liga Perdana 2017 walaupun tewas...

Selangor Naik Had Umur Minimum Kahwin Jadi 18 Tahun

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menaikkan had umur minimum untuk wanita Islam dan pasangannya bernikah dari usia minimum 16 kepada 18 tahun.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, peraturan tersebut dibuat setelah perbincangan diadakan dengan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 19 hingga 20 Julai lalu.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berhubung isu perkahwinan antara lelaki berusia 41 tahun dan kanak-kanak berusia 11 tahun baru-baru ini di Selatan Thailand, pihak MAIS telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak.

“Pihak MAIS, JAKESS, JAIS dan wakil jabatan Kerajaan termasuk pakar perubatan, universiti, dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bertemu untuk berbincang mengenai isu tersebut secara mendalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohammed Khusrin berkata, hasil perbincangan tersebut semua pihak bersetuju untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang melibatkan had umur minimum bagi perkahwinan di bawah umur bagi lelaki dan wanita Islam.

Katanya, cadangan kepada pindaan Enakmen tersebut akan dibawa kepada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE

Kategori