Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Jackie Chan Ditangkap...

Beijing – Anak pelakon terkenal Jackie Chan iaitu Jaycee, ditangkap selepas polis menemui...

RM400 Juta Beli Bekalan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menambah bekalan vaksin negara bagi...

10 Perangai Buruk Penumpang...

PERNAHKAH anda merasai pengalaman berhadapan dengan penumpang-penumpang yang memiliki perangai buruk ketika menaiki...

2 Lelaki Parah Diserang...

BUTTERWORTH - Dua lelaki cedera parah diserang sekumpulan lelaki di tempat letak kenderaan...

Selangor Hanya Import Sisa Plastik Kitar Semula

SHAH ALAM – ​​​​​​Kerajaan Selangor tidak berhasrat menghentikan sepenuhnya pengimportan sisa plastik untuk dikitar semula dan hanya sisa bersih serta berkualiti saja yang dibenarkan bagi diproses industri terlibat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi Dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian berkata adalah tidak adil kepada pengusaha kilang kitar semula berlesen jika dihentikan sepenuhnya pengimportan berkenaan memandangkan mereka telah melaburkan modal jutaan Ringgit bagi memastikan alam sekitar dipelihara.

“Walaupun kita ada memikirkan untuk mengharamkan semua kilang kitar semula ini namun ada pengusaha kilang berlesen ini telah melabur wang besar untuk menyediakan mesin-mesin canggih, sistem penapis udara dan sistem merawat air yang canggih. Mereka berhak mendapatkan bekalan (sisa plastik import) untuk diproses.

“Sisa plastik ini ada yang berkualiti, ada yang tidak berkualiti. Pada masa akan datang, kita akan pastikan mengimport hanya sisa berkualiti dan bersih untuk dikitar semula (oleh kilang berlesen),” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok) mengenai masalah sisa plastik di Selangor dan tindakan untuk membatalkan permit import bagi membanteras isu kilang kitar semula haram.

Mengulas mengenai permit import sisa plastik itu, Hee berkata ia telah banyak disalah guna oleh pihak tertentu sebelum ini menyebabkan wujudnya kilang-kilang haram di negeri tersebut namun kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan serius bagi menangani isu berkenaan.


Pada 5 Nov lepas, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak bercadang untuk mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara namun akan meningkatkan dan memperketatkan syarat permohonan permit import (AP) sisa plastik.​​​​​​​

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata KPKT juga akan meningkatkan penguatkuasaan serta mengadakan pemantauan rapi terhadap kilang-kilang yang beroperasi seluruh negara. – BERNAMA

Kategori