Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kejam.. Bapa Pukul...

LELAKI dayus!Itulah perkataan paling sesuai untuk menggelarkan perbuatan seorang lelaki yang memukul anaknya...

Kerajaan Lulus 21 Projek...

Kajang : Kerajaan sudah meluluskan 21 projek naik taraf dan pembangunan fizikal baharu...

Ebit Lew Hantar 10...

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas...

TLDM Terima Enam Lagi...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima enam buah kapal...

Selangor Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hampir mencecah paras tidak sihat.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Johan Setia (Klang) menunjukkan bacaan pada skala 97  sehingga 12 tengahari tadi sementara paras kualiti udara tidak sihat ialah pada skala 101.

Beberapa lokasi lain di negeri tersebut pula menunjukkan bacaan kualiti udara pada tahap sederhana antaranya Banting (85), Klang (80), Petaling Jaya (80) dan Shah Alam (78).

Sementara itu, bacaan IPU tidak sihat dicatatkan di Miri, Sarawak iaitu 155.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari apims.doe.gov.my.

Kategori