Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Jabatan Perikanan Terbabit...

KANGAR - Seorang pegawai Jabatan Perikanan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

SKR1M Tingkat Kapasiti Jalur...

KOTA KINABALU - Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M), sistem kabel fiber optik dasar...

Undang-Undang Cubaan Bunuh Diri...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang...

“Bila Masanya Rakyat India...

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan agama Islam tidak mengajar...

Selangor Batal Bazar Ramadan Susulan COVID-19

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri itu buat ketika ini susulan penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pembatalan bazar Ramadan itu dilakukan selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

“Kita akan batalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor sehingga masa bersesuaian ditetapkan.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada pemberita pada Majlis Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di sini, hari ini.


Katanya, perkara itu dibincangkan pagi tadi dan arahan pembatalan akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya juga sudah berbincang dengan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara dalam talian dan mendengar cadangan mereka mengenai isu ini.

“Saya percaya nanti, mungkin akan ada bazar Ramadan dalam talian, kerana akan ada keupayaan untuk penghantaran dalam talian,” katanya. – BH Online

Kategori