Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pecah Rumah: Banduan Dapat...

KUALA LUMPUR - Seorang banduan yang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana pecah...

Tujuh Kru Kapal Pemusnah...

TOKYO - Semua tujuh kru kapal perang Amerika Syarikat, USS Fitzgerald yang dilaporkan...

2 Wanita Dipenjara Sehari,...

KUALA LUMPUR - Dua wanita dipenjara sehari dan didenda RM1,500 setiap seorang oleh...

Dah Terima RM16K, Pengantin...

BAKAL pengantin lelaki terpaksa berputih mata apabila ditipu bakal isteri serta keluarganya sebaik...

Selamat Tinggal Parti ‘Kuca Bojeng’ – Zahid

PASIR PUTEH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sekarang merupakan masa terbaik untuk Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Kelantan.

Ini kerana parti pembangkang berada dalam keadaan “kuca bojeng” atau bercelaru. Justeru Naib presiden UMNO itu yang menjalankan tugas timbalan presiden parti mahu jentera pilihan raya umum ke-14 (PRU14) BN bekerja keras.

Ia bagi memastikan bukan sahaja Kelantan kembali ke pangkuan BN, malahan mampu menambah kerusi BN di Dewan Rakyat kepada dua pertiga.

“Inilah waktu yang terbaik untuk kita mengharap semula sokongan rakyat di Pasir Puteh (dan Kelantan) kerana pihak di sana (pembangkang) berada dalam keadaan ‘kuca bojeng’.

“Kita ucapkan selamat tinggal kepada parti-parti ‘kuca bojeng’. Ini masa untuk UMNO, ini masa untuk BN! Kita tak mahu (menang hanya) lima kerusi Parlimen (di Kelantan).

“Kita perlu naikkan kerusi Parlimen (di Kelantan) supaya kita dapat lebih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU14 Parlimen Pasir Puteh di Kompleks UMNO Uthmaniyah di Kampung Pulau Lima di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid turut melahirkan keyakinan bahawa Mustapa mampu membawa perubahan di Kelantan jika BN diberi peluang untuk kembali mentadbir negeri itu.


“Saya amat yakin Tok Pa (Mustapa), Insya-Allah bakal memimpin kerajaan baharu di Kelantan ini. Tok Pa saya akan bantu, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga akan bantu, ketua-ketua UMNO bahagian akan bantu pastikan kita ambil alih Kelantan di bawah panji-panji BN.

“Insya-Allah Semerak akan jadi bandar termaju di Kelantan. Pembangunan Tok Bali Supply Base (TBSB) akan beri peluang pekerjaan kepada 50,000 pekerja-pekerja baharu tempatan dan kita tahu orang Pasir Puteh tak pernah terfikir ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) akan masuk ke sini,” katanya.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta kepada Parlimen Pasir Puteh, merangkumi RM2 juta bagi membaiki rumah rosak, RM1 juta bagi menaik taraf Dewan Omar, Kompleks UMNO Uthmaniyah dan RM500,000 bagi membantu ibu tunggal.

Beliau turut berjanji untuk menambah peruntukan sebanyak RM4 juta bagi membaik pulih rumah jika BN berjaya menawan kembali kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Gaal, Semerak, Limbongan dan Selising pada PRU14. – BERNAMA

Kategori